Resepi Gluten Free Pisang Goreng, Rangup Dan Manis!

Boleh dikatakan hampir tiap hari kitorang makan pisang goreng gluten free. Hehe.

Sebab bila petang, sedap lepak tepi rumah, teringin nak kudap. Jadi, masaklah pisang guna tepung gluten free.

Yang bestnya, rasa dia Rangup kat luar, tapi lembut kat dalam.

Dya kurang gemar bila beli kat luar, penjual jual pisang yang banyak tepung tapi isi pisangnya sikit. Terasa macam ratah tepung semata.

Kecuali ada sekali la, jumpa penjual yang tak kedekut pisang. Sedap sangat bila pakcik tu buat pisang goreng isi tebal, tepung pun rangup.

Sekarang susah nak jumpa, kita masak sendiri kat rumah je lah. Hehe.

Kenapa Gluten Free?

Bagi Dya masakan gluten free sangat best.

Sedap dalam masa yang sama jaga perut. Terutamanya siapa yang ada masalah ekzema, gerd, anxiety.

Memang kena jaga pemakanan. Tak boleh makan makanan putih dan ada gluten contohnya tepung gandum, nasi putih, gula putih. Semua bahan ni akan beri kesan jangka panjang pada badan kita nanti.

Bila Dya tukar pemakanan, memang terasa ketara perbezaannya

Badan rasa lebih best, lapang dan energi pun kuat.

Jadi, bila kita tau bahan masakan yang tepat. Kita boleh makan apa saja tanpa rasa bersalah! Yay!

Bahan untuk buat Pisang Goreng Gluten Free:

  • Tepung beras
  • Secubit serbuk kunyit
  • Secubit garam pink himalayan
  • Sedikit air
  • Pisang | potong serong

Cara Masak:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali pisang. Air tu agak-agak je. Jangan terlalu banyak. Masukkan sikit-sikit sampai dapat tekstur yang likat dan tak terlampau cair.
  2. Kemudian, baru gaulkan bancuhan tepung tu dengan pisang. Salut pisang dengan tepung.
  3. Panaskan minyak dalam kuali
  4. Masukkan pisang yang disalut tepung tadi.
  5. Goreng deep-fry hingga kekuningan masak.
  6. Last sekali, angkat dan hidang bersama sambal kicap stail Johor

Tips: Makan pisang dengan sambal kicap. Fuhh! Padu! Pisang yang sedap untuk digoreng, beli jenis pisang awak, tanduk atau berangan. Sedap!!

CARIAN BERKAITAN:

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment