Resepi Asli Rendang Daging Negeri Sembilan, Simple Sangat!

Resepi ni asalnya saya ambil daripada rakan di fb yang kongsikan resepi cara orang negeri sembilan buat rendang daging.

Rupanya rendang mereka tak letak kerisik. Beza sangat dengan resepi kami di Johor. Hehe.

Kalau di Johor, rendang kami akan masukkan kerisik dan banyak lagi bahan rempah lain.

Tapi sekali sekala jom rasa selera orang nogori pulaklah. Hehe.

Bahan-bahan rendang daging:

  • Cili api
  • Kunyit hidup
  • Serai dititik
  • 1/2kg daging
  • 1 kg santan pekat
  • Garam secukupnya

Cara Simple Masak:

  1. Tumbuk cili api dan kunyit hidup sampai lumat. Saya guna pengisar je senang. Kisar halus.
  2. Masukkan air secukupnya dalam periuk. Campurkan kesemua bahan kecuali santan.
  3. Tunggu daging empuk, masuk santan
  4. Masak sehingga kuah kering sikit.
  5. Last baru letak garam dan gaul rata.
  6. Boleh angkat dan hidang

Tips:

Serai kena titik lebih, baru sedap bau rendang ayam atau daging

Simple rupanya resepi orang negeri sembilan nih.

Tak renyah sangat dan bahan senang capai kat rumah. Hehe.

Kalau orang bujang, nak cepat masak tu bolehla cuba resepi dari nogori.

Ringkas sangat cara nak masaknya.

Selain rendang, masakan Nogori ni biasanya saya paling suka resepi tempoyak daun kayu dan masak lemak cili api diorang. Sedap sangat!

Saya suka masakan resepi negeri sembilan ni masa menetap kat seremban dulu.

Singgah satu kedai makan yang memang jual makanan khas orang nogori.

Menu utama mereka semestinya masak lemak cili api dan wajib letak menu tempoyak daun kayu.

Awal dulu saya rasa pelik menu kat kedai ni.

Tapi, sekali dah rasa. Fuhh! Terus lepastu memang jadi menu wajib ada dalam pinggan makan saya. Hehe.

Untuk masak lemak cili api, beza dengan johor adalah, ayam atau daging kat nogori ni macam bau smokey sikit.

Maksudnya disalai dahulu daging dan ayam tu. Kemudian dibuat masak lemak.

Jadi, memang terasa kelainan berbanding cara masak di negeri lain.

Korang sekali sekala berjalan ke Seremban, cuba lah singgah kedai makan khas jual masakan nogori.

Sedap sangat!

CARIAN BERKAITAN:

  • rendang daging simple
  • resepi rendang nogori
  • rendang daging negeri sembilan

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment