Resepi Cara Mudah Buat Rendang Ayam Cili Padi

Tiap kali bulan puasa, mama biasanya akan berniaga kat bazar ramadhan. Menu paling wajib ada, rendang daging!

Bagi Dya, rendang mama paling sedap kat bazar tu. Hehe.

Tapi dalam artikel ni bukan nak cerita daging masak rendang. Dya nak kongsikan kat korang resepi ayam masak rendang kuah pekat.

Makan pulak dengan pulut atau lemang. Pehh, sedap gila

Resepi Cara Mudah Buat Rendang Ayam Cili Padi

Resepi ni boleh makan dalam 3-4 orang sekali ngap. Cili Dya gantikan dengan cili giling. Kalau korang suka cili padi pun boleh juga tukar cili giling tu.

Cili giling yang Dya guna ni pedas gileh. Sebab tu tak letak dah cili padi dalam tu. Karang kalau pedas sangat sakit perut pulak weh. Haha!

Bahan-bahan ayam masak rendang simple:

1 biji bawang besar ( potong dadu kecil)

2 biji bawang putih (hancurkan)

2 inci lengkuas ( potong & blender bersama sedikit air hingga hancur)

2 batang serai (ditumbuk)

1 inci kunyit hidup (tumbuk)

3 sudu besar pes rempah rendang

10 tangkai cili kering (direbus kemudian diblend dengan air)

1 mangkuk kecik kerisik (serbuk kelapa yang dah siap sangan tanpa minyak)

4-5 ketul ayam (potong kecil)

250ml santan

1 sudu gula

Garam secukup rasa

1 keping asam keping

Resepi Cara Mudah Buat Rendang Ayam Cili Padi

Ni guna kerisik kasar. Tak blend pun kerisiknya.

Cara masak ayam rendang sedap:

  1. Masukkan 3-4 sudu minyak ke dalam kuali (ikut suka korang tapi jangan terlalu banyak)
  2. Tumis bahan seperti bawang, bawang putih, serai sehingga naik bau
  3. Masukkan lengkuas serta kunyit hidup yang dah diblend tadi
  4. Biarkan sekejap lalu masukkan pula pes rempah rendang dan pes cili giling
  5. Biarkan sekejap pastu baru masukkan kerisik.
  6. Kerisik ni guna serbuk santan kering, sangan atas kuali tanpa minyak. Kalau nak tekstur lebih halus, blend dahulu kerisik ni.
  7. Biarkan sampai tumisan kering sikit & pecah minyak. Masukkan ayam mentah ke dalam kuali
  8. Gaul rata kemudian masukkan pula santan ke dalam kuali
  9. Masukkan gula, garam, asam keping
  10. Masak sehingga ayam empuk, gaul rata.
  11. Sekiranya kuah kurang, tambahkan sedikit air kemudian biarkan masakan tersebut sebati & biarkan kuah jadi sedikit pekat (maksudnya biar air tu kering sedikit)
  12. Tambah garam secukup rasa jika kurang.
  13. Siap masak dah boleh hidang
Resepi Cara Mudah Buat Rendang Ayam Cili Padi

Lepas masuk santan jadi gini. Hehe

Dah siap masak bolehla hidang makan dengan nasi putih. Sedap gila.

Resepi Cara Mudah Buat Rendang Ayam Cili Padi

sedia untuk dimakan

Korang boleh jugak tengok video cara masak rendang ayam guna kerisik kat bawah ni. Kadang kalau rasa malas baca resepi, tengok video je senang. Hehe.

 

Baca Juga Resepi Ikan Kembong Taucu Sedap Gila

 

 

 

 

CARIAN BERKAITAN:

  • cara cara membuat rendang
  • rendang ayam cili padi
  • cara masak rendang ayam paling mudah
  • resepi rendang ayam kampung
  • cara masak rendang ayam sedap
  • resepi ayam masak rendang simple
  • rendang ayam resepi mudah



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment