Resepi Tauhu Begedil Viral Sambal Kicap Power Berapi

First time Dya makan tauhu begedil masa singgah open house sedara. 

Bertambah sampai 4 kali hah. Nak tambah lagi segan. Hahah. Sedap sangat rasa tauhu begedil. Patutlah viral kat sosial media selama ni.

tauhu begedil sambal kicap power

Masa open house sendiri haritu, Dya mintak adik buatkan tauhu begedil. Peh.. Bertambah-tambah makan. 

Resepi Viral Tauhu Begedil Power Sambal Kicap Pedas Berapi

Sambal kicap pulak? Jangan cakaplah..Pedas namatey. Haha!

Cuma resepi sambal kicap keluarga Johor lain sikit. Ada orang akan masak cili tu. Tapi, family Dya tak masak cilinya.

sambal kicap tahu begedil power sedap

Cukup sekadar kisar cili api, bawang putih , kicap, gula, garam. Tu je. 

Tapi, dia punya rasa memang kaw-kaw power. Kalau tak tahan pedas, saranan Dya korang masaklah cili tu dulu ok?

Mudah Je Resepi Tauhu Begedil

Stok open house yang adik buat haritu dah habis licin. 

Kat rumah masih ada sepeket tauhu. Husband pun dah start bagi hint nak makan tahu begedil lagi.

Sedap letew. Haha!

Jadi, gigih semalam siapkan tauhu begedil guna bahan apa yang ada kat rumah ni.

Owh untuk resepi ni, inti tauhu begedil Dya tak guna bawang dan isi ayam/isi daging sebab takda kat dalam peti ais. Malas nak gi beli. Haha.

Next time lah baru kita letak.

Cuma resepi yang ni kita guna bahan-bahan simple & mudah. Rasa dia pun sama sedap jugak.

Harga Tauhu Begedil Sedap Mudah

Kalau malas nak masak, ramai je kat luar sana yang jual tauhu begedil. Kalau tak silap RM1 sebijik kot? Ke RM0.90 sebijik. 

resepi tahu begedil

Kadang kan kat tempat kerja, kelas, mana lah sempat nak buat versi homemade kan? 

Order je senang.

Pastu agak-agak tak cukup, balik rumah buat banyak-banyak. Makanlah sepuasnya. Hehe.

Bahan Resipi Tauhu Begedil Power & Viral

bahan resepi tauhu begedil

Dya guna 4 bahan ni je. Kentang, lada sulah, daun sup daun bawang, taufu goreng

Mula-mula potong kentang dadu saiz sederhana kemudian goreng. Dah masak, tos minyak dan lenyekkan kentang dalam bekas.

Tapi, Dya malas lenyek. Lambat.

Dya blend terus guna blende bilah besar. Bukan bilah kecik tau.

Hasilnya kentang hancur dan ada tekstur. Kalau guna blende bilah kecik, nanti jadi mashed potato pulak inti tauhu begedil tu. Hihi.

resepi tauhu begedil homemade mudah

Daun bawang, daun sup, lada sulah, garam

Kemudian, campurkan daun bawang, daun sup, lada sulah dan garam ikut suka. Maksudnya ikut secukup rasa masing-masing.

Dya suka daun bawang daun sup, jadi Dya akan lebihkan bahan ni. 

Gaul rata inti tauhu begedil.

cara potong tauhu begedil

Korang guna gunting je potong tauhu tu. Dya potong bentuk t

Potong tauhu kemudian masukkan inti yang dah dilenyek tadi ke dalam tauhu. 

Nak senang, guna piping bag siap ngan muncung keras ok? Senang sikit & takda lah bersepah masa proses masukkan inti tu.

Make sure pakai sarung tangan plastik sekali. Hehe.

resepi tauhu begedil sedap

Golekkan tauhu begedil dengan telur dan goreng.

Guna sebijik telur, kacau rata. 

Kemudian golekkan tauhu begedil ke dalam telur tu & goreng di dalam kuali panas yang dah diisi minyak. 

Goreng sampai berwarna keperangan.

Boleh angkat dan hidang dengan sambal kicap power.

Dah, jom sambung makan tauhu begedil. Hehe.

Eh, jangan lupa cuba buat Sambal Kicap Power Dari Johor sekali ok?

Boleh print resepi guna template bawah ni:

Resepi Tauhu Begedil Homemade Sambal Kicap Power

Inti tauhu begedil ni simple dan mudah. Sedap dicicah makan dengan sambal kicap yang pedas power berapi.
Prep Time30 mins
Cook Time10 mins
Course: Snack
Keyword: resepi tahu begedil, tauhu begedil
Servings: 30 biji

Ingredients

Bahan Inti Tauhu Begedil

  • 6 Biji Kentang | Potong dadu
  • 1 Sudu besar Lada sulah | terpulang pada citarasa
  • 2 Cubit Garam | Secukup rasa
  • [email protected] Batang Daun sup daun bawang | Hiris halus

Bahan Sambal Kicap Power

  • 1 Genggam Bawang putih
  • 1 Genggam Cili Padi | ikut tahap kepedasan masing-masing
  • 2 @ 3 Senduk Kicap
  • 3 Sudu Gula | ikut citarasa masing-masing
  • 1 Cubit Ajinamoto

Instructions

Cara Masak Tauhu Begedil

  • Kentang potong dadu. Goreng kentang, tos minyak, kemudian lenyekkan.
    (Dya blender guna pengisar bilah besar, cepat siap)
  • Hiris halus daun bawang daun sup. Campurkan dengan kentang lenyek tadi
  • Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa. Gaul rata
  • Potong bahagian tengah tauhu goreng tu. Guna gunting. Dya potong bentuk T
  • Kemudian masukkan inti tauhu begedil guna piping beg yang ada muncung keras sekali
  • Ambil sebiji telur, gaul rata kemudian golekkan dengan tauhu begedil
  • Panaskan minyak dalam kuali, goreng tauhu begedil hingga warna keperangan
  • Angkat dan cicah dengan sambal kicap power

Resepi Sambal Kicap Power Stail Johor:

  • Kisar bawang putih, cili api, kicap, dan gula ke dalam pengisar
  • Tambahkan secubit ajinamoto. Tak payah banyak
  • Rasa sambal kicap tu. Kalau terlampau pedas, tambah kan gula dalam sambal & perah 1 biji limau.
  • Siap untuk dicicah!

CARIAN BERKAITAN:

  • harga tauhu begedil
  • resepi tauhu begedil viral
  • Sos tauhu begedil power

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment