Cara masak patin tempoyak ni Dya gugel je pun sebenarnya. Dan ramai yang kata, ni resepi pekat asli dari temerloh.
Jadi, saje lah cuba masak & sedap jugak rupanya. Tapi, ada beza ke masak tempoyak dengan tempat lain?
Ikan Patin Masak Tempoyak, Resepi Pekat Sedap Asli Dari Temerloh
Sebelum ni Dya masak ayam tempoyak. Tapi guna bahan simple je.
Takda letak daun kesum atau timun.
Tapi untuk ikan patin ni Dya tambah daun kesum & timun. Biar masak tempoyak tu bau wangi & lagi sedap diratah. Hehe.
Ikan Patin Sedap Buat Masak Lemak Jugak
Untuk ikan patin, selain masak tempoyak, Dya akan buat masak lemak cili api.
Dua jenis masakan ni je yang kena kat tekak.
Ke ikan patin boleh buat masakan jenis lain? Hehe. Tak pernah cuba lagi.
Ikan Paling Murah Kat Pasar
Satu lagi yang bestnya, ikan patin ni Dya rasa ikan paling murah kat pasar.
Sekilo baru RM3 lebih. Berbanding ikan lain yang cecah berpuluh ringgit sekilo.
Kalau agak-agak nak makan dalam kuantiti banyak, memang puas lah makan ikan patin.
Tips Masak Tempoyak Pekat Dan Sedap
Macam sebelum ni Dya ada bagi tips untuk masamkan masak tempoyak kan?
Tapi, macamana nak buat kuah masak tempoyak kita ni pekat?
Senang je.
Masa dah masukkan air tu, tunggu air dah tinggal separuh dari kuantiti asal, baru lah angkat masakan tempoyak masing-masing.
Ataupun jangan letak terlampau banyak air dalam masakan.
Cukup sekadar untuk buat ikan atau ayam empuk.
Resepi Ikan Patin Tempoyak Temerloh
Dya sangat suka ratah kuah patin masak tempoyak macamtu je. Lagi masam dan pekat, lagi kaww orang kata.
Resepi Dya ni untuk 2 orang makan.
Ok, jom tengok Bahan-bahan resepi Patin Masak Tempoyak:
- 1 biji bawang besar
- 2 biji bawang putih
- 3 keping asam keping (kalau nak masam lebihkan lagi)
- 10 biji cili padi (ikut citarasa)
- 1 inci kunyit hidup ataupun boleh ganti dengan 1 sk kunyit serbuk
- 2 sudu besar tempoyak
- 2 ikat daun kesum (lebih pun ok je. Sebab sedap! hehe)
- 1 batang timun jepun (belah 4)
- 4 ketul ikan patin sederhana besar
Cara Masak Patin Tempoyak:
Kisar bawang besar, bawang putih, kunyit hidup dan cili bersama sedikit air[/caption]
- Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan kisar seperti yang dinyatakan di gambar atas (Dya kisar je sebab takda masa nak tumbuk bila ada anak kecik kat sebelah. Hehe)
Masukkan tempoyak
2. Bila bahan tumis da pecah minyak, masukkan 2 sudu tempoyak. Gaul rata
Masukkan ikan, air, kesum, asam keping
3. Kemudian, masukkan 1 1/2 cawan air, ikan patin, daun kesum, asam keping dan garam secukup rasa. Biarkan hingga ikan patin empuk dan kalau nak kuah pekat, masak hingga kuantiti kuah berkurang dari yang asal.
Taburkan timun
4. Ok, untuk timun Dya tak suka timun yang terlampau masak. Rasa dia tak berapa nak ngam sangat. Jadi, lepas ikan dah empuk, Dya matikan api gas, tabur je timun atas ikan masak tempoyak.
Sebab nanti bila makan dengan nasi, timun tu rasa macam ulam. Bunyi krup krap rangup.
Peh, masak tempoyak paling sedap bila masam dia terasa dan kuah dia pekat. Dah, jom makan! Hehe.
Print resipi kat bawah:
PrintResepi Patin Masak Tempoyak Asli Dari Temerloh
- Total Time: 35 minutes
- Yield: 2 orang 1x
Description
Resepi Patin masak tempoyak bertambah sedap kalau letak daun kesum dan timun mentah.
Ingredients
Bahan Patin Masak Tempoyak Temerloh:
- 10 biji cili padi (| ikut citarasa sendiri)
- 2 ikat daun kesum
- 3 keping asam keping (| kalau nak lagi masam boleh tambah)
- 4 Ketul ikan patin (| sederhana besar)
- 1 batang timun jepun (| belah 4)
- 1 inci kunyit hidup (| boleh ganti dengan serbuk kunyit jugak 1 sudu kecil)
- 2 sudu besar tempoyak
- garam (| secukup rasa)
Instructions
Cara Masak Tempoyak Patin Sedap:
- Kisar bawang putih, bawang besar, cili padi, kunyit hidup dengan sedikit air
- Panaskan minyak dalam kuali. Dalam 4 sudu minyak. Tumis bahan kisar tadi sampai warna keperangan
- Masukkan tempoyak. Gaul rata
- Kemudian masukkan 1 1/2 cawan air, ikan patin, asam keping, daun kesum, garam secukupnya
- Masak sehingga ikan patin empuk. Jika nak kuah pekat, tunggu kuantiti kurang sikit daripada asal
- Matikan api gas. Tabur timun yang dah dipotong 4. Kalau nak masukkan timun masa masak pun boleh. Ikut selera masing-masing
- Angkat dan boleh makan berama nasi putih beserta ulam-ulaman
- Prep Time: 15 minutes
- Cook Time: 20 minutes
- Category: Main Course
Cuba Juga Resepi Tauhu Begedil Sedap
CARIAN BERKAITAN:
- resepi tempoyak asli temerloh
- ikan patin masak tempoyak kuantan
- patin tempoyak
- ikan patin masak tempoyak simple