Biasanya masakan telur bungkus sedap ni memang wajib order bila makan kat kedai. Tapi, buat sendiri resepi kat rumah lagi senang dan puas makan
Dya suka inti telur bungkus tu basah. Tak berapa suka yang inti kering, takda kuah sebab tak berapa sedap. Hehe.
Boleh cuba resepi bawah ni:
PrintResepi Telur bungkus Sedap
- Total Time: 30 minutes
- Yield: 2 orang 1x
Description
Senang sangat nak buat resepi telur bungkus ni. Isi dalam tu kena ada sayur campur dan ayam. Hasilnya memang lebih menyelerakan berbanding kedai makan
Ingredients
Bahan-bahannya:
- 3 biji telur (| kacau rata)
- 1 genggam sayur campur (| carrot,kacang peas, jagung)
- 2 biji bawang putih (| cincang halus)
- 1 biji bawang merah saiz kecil (| potong dadu kecik)
- 1 batang cili merah (| dihiris untuk hiasan)
- 1/2 biji tomato (| potong dadu kecil)
- 1 sb sos tiram
- 1 sb sos cili
- sedikit ayam bahagian daging (| cincang halus)
- sedikit daun bawang daun sup (| potong2)
- sedikit black pepper
- sedikit air
Instructions
Cara Masak Telur Bungkus:
- Panaskan 1 sb minyak dalam kuali guna api kecil
- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
- Masukkan ayam dan gaul hingga ayam masak
- Kemudian masukkan sayur campur, daun sup, daun bawang, sos tiram, sos cili, black pepper, tomato. Gaul rata
- Sekiranya nak inti berkuah tambahkan sedikit air. masak hingga kuahnya pekat sedikit
- Kemudian perasakan dengan garam jika rasa kurang. Ataupun tambah sos tiram, sos cili. Adjust ikut rasa masing-masing.
- Angkat dan asingkan dulu
- Bersihkan kuali, letak sedikit minyak dan gerakkan kuali tu ke kiri dan kanan supaya minyak rata ke seluruh bahagian kuali . Ataupun boleh guna tisu dapur khas. Celup minyak sikit dan sapu ke seluruh kawasan kuali.
- Pastikan api gas kecil
- Kemudian masukkan telur yang dah dipukul rata awal tadi
- Gerakkan kuali ke kiri, kanan atas bawah supaya saiz telur cukup besar dan mudah untuk dilipat nanti
- Bila telur dah separa masak, letak inti sayur ayam tadi ke bahagian tengah telur dan ratakan
- Lipat telur, tutup keseluruhan inti
- Biar telur dah masak, warna coklat sikit, boleh angkat perlahan masuk ke dalam pinggan.
- Siap!
- Prep Time: 15 minutes
- Cook Time: 15 minutes
- Category: Main Course
- Cuisine: Mediterranean
Senang sebenarnya nak buat telur bungkus ni.
Dengan syarat, teknik masak telur tu kena betul. Kalau salah buat, boleh pecah telurnya dan kita tak boleh lipat bungkus dengan sempurna.
Resepi Telur Bungkus Sedap Gila
Bahan-bahannya:
🍳3 biji telur | kacau rata
🍳1 genggam sayur campur | carrot,kacang peas, jagung
🍳2 biji bawang putih | cincang halus
🍳1 biji bawang merah saiz kecil | potong dadu kecik
🍳1 batang cili merah | dihiris untuk hiasan
🍳1/2 biji tomato | potong dadu kecil
🍳1 sb sos tiram
🍳1 sb sos cili
🍳sedikit ayam bahagian daging | cincang halus
🍳sedikit daun bawang daun sup | potong2
🍳sedikit black pepper
🍳sedikit air
Cara masak:
- Panaskan 1 sb minyak dalam kuali guna api kecil
- Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau
- Masukkan ayam dan gaul hingga ayam masak
- Kemudian masukkan sayur campur, daun sup, daun bawang, sos tiram, sos cili, black pepper, tomato. Gaul rata
- Sekiranya nak inti berkuah tambahkan sedikit air. Masak hingga kuahnya pekat sedikit
- Kemudian perasakan dengan garam jika rasa kurang. Ataupun tambah sos tiram, sos cili. Adjust ikut rasa masing-masing.
- Angkat dan asingkan dulu
- Bersihkan kuali, letak sedikit minyak dan gerakkan kuali tu ke kiri dan kanan supaya minyak rata ke seluruh bahagian kuali . Ataupun boleh guna tisu dapur khas. Celup minyak sikit dan sapu ke seluruh kawasan kuali.
- Pastikan api gas kecil
- Kemudian masukkan telur yang dah dipukul rata awal tadi
- Gerakkan kuali ke kiri, kanan atas bawah supaya saiz telur cukup besar dan mudah untuk dilipat nanti
- Bila telur dah separa masak, letak inti sayur ayam tadi ke bahagian tengah telur dan ratakan
- Lipat telur, tutup keseluruhan inti
- Biar telur dah masak, warna coklat sikit, boleh angkat perlahan masuk ke dalam pinggan.
- Siap!
Jom cuba masak resepi ni Kerabu Taugeh Simple Menyelerakan
CARIAN BERKAITAN:
- Telur Bungkus sedap
- Resepi telur bungkus
- Telur bungkus vs telur bistik
- Telur bungkus thai