Resepi Tofu Masak Sos Tiram Cepat Siap

Dah lama tak berkongsi resepi. Hehe. Dya baru je siap masak tofu sos tiram. Semua ni gara-gara makan menu kat satu kedai cina muslim Ammar Kong kat Bangi haritu. Hihi.

Menu paling best kat Ammar Kong Bangi antaranya kaki ayam sos tiram, tofu sos tiram dan mee kolok.

Balik je rumah terus fikir macamana laa dia masak menu sedap tu. So, bila fikir-fikir Dya test masukkan bahan sos tiram dalam masakan dan memang menjadi sebijik macam kat kedai.

Nak buat senang gila. Cepat siap malah tak guna bahan renyah pun.

Nampak simple tapi dia punya sedap tu..haihh buat terbayang2.

Resepi Tofu Masak Sos Tiram Cepat Siap

Bahan2 nya:

2 ulas bawang putih dihiris

Sedikit halia dihiris

1 sudu sos tiram

Sedikit air

Tofu

Cara untuk masak:

  1. Masukkan sedikit minyak ke dalam kuali
  2. Tumis bawang dan halia sehingga naik bau
  3. Kemudian masukkan sedikit air untuk kuah sos
  4. Dan masukkan setengah sudu atau 1 sudu sos tiram
  5. Jika tawar boleh masukkan sedikit perasa
  6. Last sekali letak tofu ke dalam tumisan dan biarkan seketika
  7. Balikkan tofu setelah bahagian lain tofu tersebut masak
  8. Hati-hati semasa balikkan tofu sebab boleh pecah
  9. Siap untuk dihidang

Dya tak pernah makan menu macamni sebenarnya. Lepas makan kat kedai Ammar Kong, Dya terus jatuh hati dengan menu ni. Resepi ni boleh guna pakai dengan campurkan kaki ayam jugak.

Kalau letak kaki ayam, peh lagi sedap!

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment