Raya haji lepas kebetulan dapat kambing korban bahagian peha. Dya ambil yang paling kecik sebab takut nanti tak habis dimakan.
Cara Dya Masak Daging Kambing Lembut
Balik je rumah, Dya tak terus basuh atau potong daging kambing korban tu. Masuk dan terus sejukkan dalam peti.
Masa nak masak baru keluarkan & biarkan ais mencair dulu sebelum potong dagingnya. Lebih kurang sejam jugakla tunggu daging lembut.
Lepas potong daging pulak, rendam sejam dengan limau purut. Perah limau tu, gaul dan rendam. Sebab nak hilangkan bau kambing.
Senang je nak buat sup kambing yang sedap gila. Memang confirm makan bertambah kalau korang guna rempah simple ni.
Lain orang lain cara masaknya.
Resepi Simple Sup Tulang Kambing Yang Sedap Gila
Bahan Masak Sup Kambing Sedap:
1 biji bawang besar (ditumbuk)
2 biji bawang putih (ditumbuk)
2 sudu besar lada hitam (ditumbuk)
2 sudu besar lada putih (ditumbuk)
1 inci halia (ditumbuk)
1 paket rempah sup tulang
1 mangkuk kecil Daging kambing
Perasa secukupnya

Rebus daging kambing yang dah siap direndam dengan air limau. Guna air baru tau. Air rendaman tadi buang.

Masak hingga air rebusan tinggal separuh & daging empuk. Masak sejam guna api kecil/sederhana

Bahan rempah sup kambing (bawang, bawang putih, lada hitam, lada putih, sup tulang)

Tumis rempah sehingga kekuningan. Kemudian masukkan kambing yang dah siap direbus tadi. Masukkan sekali air rebusan tadi.
Sekiranya rasa perlu tambah kuah, boleh tambah sedikit air ke dalam masakan.
Perisakan dengan garam & pak aji secukup rasa. Masak hingga mendidih & boleh angkat jika daging terasa empuk.

Siap! Sup Kambing Daging Korban Sedap Gila
Yang buat aroma sup tu bertambah sedap bila kita guna air rebusan dagung tu jugak.
Paling penting bau kambing takda. Rasanya mungkin sebab dah direndam perahan limau sejam sebelum dimasak..
Trylah. Sedap hirup panas-panas camtu saja. Takda nasik pun takpa. Hehe.
Jom Masak Juga Resepi Ikan Siakap 3 Rasa
CARIAN BERKAITAN:
- sup daging kambing azie kitchen
- resepi sup kambing simple
- sup kambing pekat
dah try … mmg best giler resepi ni.. tq share resepi
welcome..tq mencuba resepi ni ^_^
Arini masak sup ni lagi.. entah kali ke berapa ratus dah buat 🤣🤣🤣.. .. dah 2 thn lebih dah kot.. xtukar resepi lain dah.. terbaik
Hehe..Hirup panas2 sedap! ^_^
Mintak izin ye sy nk share