Resepi Masakan Paru Goreng Berlada Sedap

Dya memang penggemar paru yang digoreng garing. Resepi masakan paru goreng berlada yang digoreng separa garing kemudian disambalkan dengan lada giling.

Pehh! Terasa rangup tapi kenyal dan sedap.

Memang sedap bila paru tu kita masak berlada.

Tak kisahla lada merah, lada hijau semua Dya sebat makan.

Sedap sangat!

Sebab crispy tapi kenyal. Haa gituh.

Okay, cara nak masak senang sangat sebenarnya.

Resepi Masakan Paru Goreng Berlada Sedap

Masakan Paru Goreng Berlada

Bahan-bahan resip paru masak berlada sedap:

Paru | 1/2 kg
Cili kering | segenggam @ kuantiti agak-agak
Bawang besar | 2 ulas dihiris bulat
Bawang besar | 1 ulas dipotong dadu
Bawang putih | 4 ulas
Air asam jawa | kuantiti agak-agak
Serbuk kunyit | 2 sb
Air | 1/2 cawan
Gula | 1 sb
Garam | secubit
Sos cili | 4 sb

Cara masak:

  1. Basuh bersih paru. Kemudian, rebus sehingga empuk.
  2. Siap rebus, hiris nipis paru dan gaulkan dengan serbuk kunyit serta secubit garam
  3. Panaskan minyak dan masukkan paru yang dah siap digaul tadi.
  4. Goreng hingga separuh masak ataupun separa garing (ikut pada kesukaan masing-masing). Tos & angkat.
  5. Gunting cili kering kepada dua bahagian.
  6. Basuh, tos dan rebus cili kering bersama air
  7. Siap rebus, tos air rebusan cili tadi
  8. Masukkan cili kering yang siap direbus ke dalam pengisar
  9. Kisar sekali bersama bawang besar yang dipotong dadu & bawang putih.
  10. Panaskan minyak, tumis kisaran cili kering tadi hingga pecah minyak. Gaul supaya tak hangus. Masak dengan api kecil.
  11. Masukkan air asam jawa. Agak-agak je.
  12. Masukkan juga air, garam, gula secukup rasa.
  13. Kemudian, masukkan sos cili. Gaul rata.
  14. Masukkan paru yang dah digoreng tadi. Gaul rata.
  15. Jangan lupa letak juga bawang yang dihiris bulat.
  16. Biarkan seketika hingga sambal sebati dan pecah minyak.
  17. Boleh angkat & hidang.

Ni menu wajib ada setiap kali mak Dya berniaga kat bazar ramadhan Pagoh.

Antara lauk bebuka kegemaran sebab sedap sangat-sangat!

Tengah menulis pun masih terliur & rasa naaak sangat ratah paru masak berlada macamtu saja.

Kalau makan dengan nasi putih, gerenti bertambah nasi. Confirm!

Kalau korang suka resepi ni, mesti korang nak cuba resepi Siakap 3 Rasa untuk menu berbuka nanti.



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment