Resepi Vietnamese Roll Menu Diet Yang Sedap Dan Segar

Dah lama sebenarnya teringin nak merasa vietnamese roll ni. First time makan masa business trip ke Vietnam 4 tahun lepas.

Balik Malaysia, craving nak makan, tapi tak jumpa kulit popia jernih macam kat Vietnam jual. Bleghh.

Sampailah, ada sorang rakan yang post gambar vietnamese roll kat media sosial. Tanya beli kat mana , terus Dya serbu NSK Supermarket.

Resepi Vietnamese Roll Menu Diet Yang Sedap Dan Segar

Rupanya popia jernih ni dipanggil rice paper & ada dijual kat mana-mana hypermarket.

Dya ada jugak terdengar tentang rice paper dijual di hypermarket seperti giant & Tesco. Tapi dari dulu jenuh mencari tak jumpa-jumpa weh. Sebel je rasa.

So, gigihla mencari Rice Paper Vietnam kat NSK Supermarket. Bukan senang nak cari. Sebab NSK Seremban 2 tu besar gila bapak kot? Duk pusing-pusing tak jumpa.

kat mana nak beli rice paper vietnam

Duk mencari kat tempat sejuk beku sebab dalam fikiran fikir, benda ni macam popia lah kot? Haha. Sebab popia kan ada kat tempat makanan sejuk beku.

Dua tiga kali pusing tak jumpa. Scroll blog orang nak dapatkan clue kat mana diorang beli. Jadi, Dya mencari lah kat bahagian makanan kering. Akhirnya jumpa jugak rice paper ni weh. Fuhh, lega.

Kat Bahagian Mana Jual Rice Paper Vietnamese Roll ni?

Ok, korang yang belum tau lagi, boleh terus serbu kat bahagian makanan kering. Terutamanya tempat yang ada letak makanan kering seperti so’on, rempah kering dalam paket, etc.

Fokus kat bahagian makanan kering je senang cerita. Harga Dya beli RM3.80 sahaja untuk satu plastik.

Resepi Vietnamese Roll Menu Diet Yang Sedap Dan Segar

Kemain happy membeli belah bahan-bahan segar kat dalam NSK tu semata nak buat Vietnamese Rolls. Plan asal nak beli minyak masak je. Tapi, korang tengoklah apa yang Dya sumbat dalam troli tu? Haha. Sorry husband.

Senang je nak buat Vietnamese Rolls ni. Dan paling best, Dya rasa menu ni sesuai gila untuk diet weh. Sebab bahan semua pakai sayur segar.

resepi vietnam roll

Sayur potong-potong gituh je. Tang soo’on, daging, ayam tu pulak rebus je. Lepastu cicah sos Thai perah limau. Pehh, rasa dia mantap beb!

Bahan-bahan untuk Vietnamese Rolls:

Ketam paket

Udang segar

Timun jepun

Lobak merah

Lobak putih (rasa yang ni pahit sikit)

Fucuk (sedap gila)

Cendawan Enoki (Yang ni krup krap bila makan. sedap!)

So’on

Udang

Kobis

Sengkuang

Daun sup untuk hiasan

bahan-bahan vietnamese roll

Ikut korang sebenarnya nak letak apa dalam Vietnamese Rolls masing-masing. Tapi padanan paling Dya suka adalah fucuk + cendawan enoki + ketam +udang + so’on. Sedap giler! Cara nak buat Vietnamese Rolls:

Rebus dalam seminit bahan-bahan:

Ketam

Udang

So’on

Fucuk

Cendawan Enoki

Kobis

Potong halus bahan-bahan sayur:

Carrot

Lobak putih

Sengkuang

Timun

Kemudian basahkan rice paper korang. Make sure jangan rendam pulak. Basahkan je, sebab kalau korang rendam lama kat air, Rice Paper tu jadi melekat and susah nak gulung nanti.

Last sekali cicahkan dengan sos. Dalam resepi ni Dya cicah sos Thai + perahan limau je. Simple. Sedap pun sedap. Gulp (Telan air liur jap)

Kalau nak lagi mudah, tengok cara buat kat video bawah ni okay?:

 

 

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment