Ni pertama kali Dya merasa buffet ramadhan kat Hotel RHR @ Uniten kat Bangi. Hotel RHR dekat dengan korang yang tinggal sekitar Putrajaya, Kajang, Bangi dan Sepang.
Hujan lebat harini dan rasanya kawasan parking pun agak terhad. Sebenarnya masa nak ke Hotel RHR ni, perut dah kekenyangan sebab ada review makan kat atas kapal Cruise Putrajaya petang tadi.
Kat cruise makan dah kenyang dah. Ingatkan bila sampai kat hotel RHR Uniten ni dah bolehla surrender kan? Haha. Berangan jela.
Takkan mampu nak tolak bila lauk berbuka puasa kat hotel ni semua nampak menyelerakan weh!
Sampai je kat hotel, cari tempat duduk. Kemudian tengok keadaan persekitaran Jupiter Coffee House.
Kat Jupiter Coffee House boleh muat 500 hingga 700 orang untuk berbuka puasa dalam satu masa.
Meja makanan ni bersebelahan je dengan stesen makanan kat luar. Jadi, senang nak ulang alik ambil makanan kat luar. Hehe.
Dya sarankan duduk dekat dengan tempat makan. Sebab ibu mengandung macam Dya cepat mengah kalau nak bangun duduk ambik makanan.
Buffet Ramadhan 2018 Di Hotel RHR Uniten Bangi Sedap
Sebelum pilih nak makan kat sini, Dya ronda-ronda dari hujung ke hujung. Nak tengok lauk apa yang best kat situ. Sebab bila kita makan buffet ni, tak bolehla nak makan semua. Memang kembong perut kekenyangan terlebih nanti.
Jadi, ronda dulu menu apa yang best dan tentukan nak yang mana. First round Dya ambil lauk macam kat gambar bawah & serawa durian:
Benda first Dya rasa serawa durian dia. Pehh, sedap gila. Pekat, manis lemak dia memang sedap. Tapi tak boleh nak makan banyak sebab ada banyak lagi menu lain nak dirasa jap lagi.
Ikutkan 2 menu ni saja dah kenyang. Sebab yelah, dah makan sepinggan kat Putrajaya tadi kan? Rupanya perut ni boleh sumbat lagi makanan! Haha. Maaflah, bila dalam perut ada isi ni selera lain macam sikit. Dah makan pun rasa macam tak makan apa-apa lagi.
Habis je hidangan pertama, Dya gerak lagi ke tempat makan dan angkut pulak sepinggan kerang bakar & aiskrim coklat. Setekat ni, rasa kerang bakar kat sini kira sedap lah. Bukan jenis kerang lama yang dimasak.
Sebab kebiasaannya, bila Dya makan di kedai makan biasa, jarang-jarang dapat masakan kerang yang baru. Rasa dia lain, kita boleh beza antara kerang baru dan kerang lama.
Sampai je kat meja makan, terus mintak suami ambil sepinggan kambing bakar dan bubur lambuk. Tak larat nak bangun lagi ambik makanan. Mengah! Kambing bakar dia dagingnya best sebab juicy, lembut dan mudah dimakan. Cuma bubur lambuk saja kurang rasa sedikit.
Banyak lagi menu bufet ramadhan 2018 yang ada kat Hotel RHR Uniten Bangi. Ada lebih 200 pilihan makanan kat 21 buah gerai kat sini. Tapi, rasanya cukuplah menu yang Dya dah rasa. Padat sangat karang susah. Hehe.
Antara menu bufet Ramadhan Hotel RHR:
- Nasi beriani roket (menu istimewa setiap tahun)
- Laksa buyung
- Mee ketam
- Masak lemak telur itik
- Serawa durian
- Roti awang sup GEARBOX (menu special tahun ni)
- Bubur lambuk
- Kambing panggang
- Kambing & daging gulai kawah
- Aneka kerabu
- 3 Jenis serunding (ikan,daging,ayam)
- Aneka sambal (budu,cencalok,belacan,dll)
- Sate
- Goreng pisang, keropok lekor
- Kuih muih
Harga Promosi Buffet Ramadhan Hotel RHR @ Uniten Bangi
Harga yang ditawarkan pun berpatutan. Kalau tempah lagi awal lagi murah. RM 69 untuk dewasa, RM35 untuk kanak-kanak. Warga emas pulak akan dapat diskaun 30%.
Korang boleh rujuk kat gambar bawah:
Cara Nak Tempah Awal Promosi Buffet Ramadhan Uniten Bangi?
Ada baiknya tempah makanan seawal mungkin sebab harga kira berpatutan jugak kan? Sekali sekala makan kat sini bawak family memang best.
Takdala bosan asyik beli makanan kat bazar, masak lauk yang sama tiap hari. Dya boleh bayangkan suasana happy makan beramai-ramai, muka pun ada cahaya sebab kenyang & puas nanti. Hihi.
Korang kena cepat-cepat buat tempahan dengan Call terus 03- 8922 2088 samb (8036/8013) ataupun boleh je emel ke [email protected]
Pendapat Keseluruhan Makan Buffet Semarak Ramadhan Kat Hotel RHR Bangi?
Sedap. Puas hati. Kenyang.
CARIAN BERKAITAN:
- tempat makan best di bangi
- pakej promosi berbuka bangi
- buffet ramadhan murah dan sedap bangi
kemudahan surau ada tak?
sekiranya ingin berbuka puasa utk aktiviti kelab jabatan, dalam anggaran 50 org, ada promosi tak?
Surau ada. Kalau booking bulan 5 harga rm60/person utk dewasa. Tapi, kalau order in bulk tak pasti berapa harga promosi. Boleh terus contact 03- 8922 2088 samb (8036/8013) ataupun boleh emel ke [email protected]