Tiap kali rebus keledek oren, anak susah nak makan. Jadi, Dya terus buat kuih cek mek molek letak gula organik sikit kat dalam.
Cara nak buat pun kacang je.
Tak perlu terlampau banyak tepung sebab nanti manis keledek tu hilang dan kuih pun jadi keras nanti.
Dya lebih suka letak sikit je tepung.
Tujuan tepung tu hanya untuk bagi tekstur kuih tu terbentuk cantik. Tak herot berot sana sini. Hehe.
Sebab tu tak perlu letak banyak sangat tepung. Tak sedap nanti.
Jom masak Cek Mek Molek Keledek Oren
Bahan-bahannya:
- 3 biji keledek oren | direbus kemudian dilenyek
- 2 sb tepung barli
- Gula organik untuk inti
Cara Buat:
- Rebus keledek oren sampai empuk. Angkat, tos dan kemudian lenyekkan
- Masukkan 2 sudu besar tepung barli. Gaul rata. (Korang boleh guna tepung gandum)
- Ambil sejemput adunan tu, lenyekkan dan letak gula di bahagian tengah. Tutup semula (boleh rujuk gambar bawah)
- Untuk elak keledek tu melekat-lekat, tangan tu sapu tepung sikit. Tujuan supaya senang digentel.
- Panaskan minyak dalam kuali. Guna api kecil
- Kemudian, goreng hingga masak keperangan.
- Angkat dan tunggu sejuk sebelum dimakan.
Dalam resepi ni, Dya guna tepung barli sebab tepung ni jenis non gluten.
Untuk mereka yang ada masalah ekzema, tepung gandum pantang larang terbesar mereka.
Jadi, pengganti tepung gandum adalah seperti tepung barli, tepung kelapa, tepung almond, dll.
Sebenarnya tepung putih kurang bagus untuk kesihatan kita.
Gula putih pun tak bagus. Dya ganti guna gula perang jenis organic cane sugar.
Disebabkan anak ada ekzema, Dya memang tak bagi makanan berasaskan tepung putih atau gula putih.
Cuma harga agak mahal.
Korang boleh je guna tepung gandum untuk resepi ni.
Anak suka makan bila Dya tukar keledek tu jadi kuih. Bertambah-tambah budak kecik ni makan. Hehe.
Sekali sekala tukar angin masakan.
Lepasni jom masak Kerabu Sotong Ala Thai pulak
CARIAN BERKAITAN
- resepi cek mek molek
- cek mek molek keledek oren
- resepi ubi keledek