Biskut makmur ni antara kuih kegemaran suami.
Bila makan tak boleh gigit sikit-sikit, sebab confirm cair kat dalam mulut.
Buat Biskut Makmur Tanpa Tepung Gandum
Kebanyakan biskut kat luar akan guna tepung gandum sebagai bahan utama.
Sedangkan sebenarnya kita boleh buat guna bahan pilihan lebih sihat tanpa gluten
Saya guna 2 jenis tepung untuk hasilkan biskut makmur.
Bau pure butter sedap sangat-sangat. Rasa lemak, dan manis pun guna gula pilihan lebih sihat.
Resepi yang saya share di bawah ni confirm orang akan tambah berkali-kali.
PrintBiskut Makmur Gebu Cair Di Mulut
- Total Time: 37 minutes
- Yield: 5 Orang 1x
Description
Tak cukup kalau ngap biskut makmur sebiji. Nak buat biskut gluten free hanya guna tepung beras, tepung jagung, tepung susu.Rasa dia gebu!
Ingredients
BAHAN A : Inti Biskut Makmur
- 250 g kacang tanah (sangai, buang kulit, kisar kasar)
- sedikit unsalted butter cair atau minyak masak
BAHAN B: Bahan-bahan biskut makmur
- 2 cawan tepung beras | disangai
- 2 cawan tepung jagung | disangai
- 125 g unsalted pure butter
- 1/4 cawan susu tepung fullcream fernleaf | terpulang jika nak guna atau tidak
- 1/2 cawan gula kelapa | kisar halus
- Minyak EVOO secukupnya (boleh je guna minyak sawit biasa)
BAHAN C : Bahan Salutan Biskut
- Gula orcs atau gula kelapa secukupnya untuk salut biskut nanti | kisar halus macam tepung
Instructions
STEP A: Cara Buat Inti Kacang biskut makmur
- Campurkan kedua bahan untuk bagi inti melekat. senang nak gaul dengan tepung biskut nanti
STEP B: Cara Buat
- Campurkan tepung beras, tepung jagung, tepung susu. Gaulkan dengan pure butter & gula kelapa.
- Kemudian masukkan minyak evoo ke dalam adunan. Kuantiti minyak evoo bergantung pada tekstur biskut tu. Jika dah tak melekat-lekat di tangan dan boleh bulatkan dengan cantik, maknanya dah mencukupi minyaknya. Boleh je pakai minyak masak biasa.
- Bulatkan adunan, tekan bahagian tengah untuk masukkan inti kacang. Tutup dan bulatkan kembali.
- Susun atas parchment paper yang dialas pada dulang pembakar. Ataupun jika tiada parchment paper, sapu sedikit butter pada dulang pembakar untuk memudahkan angkat biskut selepas dibakar
- Kemudian bakar dalam oven selama 20 minit pada suhu 150°
STEP C:
- Keluarkan dari oven biarkan suam sekejap baru gaulkan dengan kisaran gula orcs atau gula kelapa.
- Siap!
- Tunggu sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara
- Prep Time: 20 minutes
- Cook Time: 17 minutes
- Category: Snack
- Cuisine: Mediterranean
Tips Biskut Makmur
- Jika gaulkan biskut masa masih panas, salutan gula akan jadi lebih tebal pada biskut tu nanti
- Biskut selepas dibakar agak rapuh. Jadi perlu tunggu suam sedikit baru salut dengan gula kisar
Saranan saya, makanlah berpada-pada. Kerana walaupun guna bahan pilihan sihat, jumlah carbs dan gi gula orcs pada biskut agak tinggi. Tak sesuai untuk orang yang nak diet. Hehe.
Jika nak diet, tukarkan gula di bawah dengan gula lulus keto atau gula kelapa (rendah Gi).
Makan berpada-pada untuk lepaskan kempunan. Jangan ngap sampai berbakul-bakul ok?
Jom Cuba Masak Ayam Goreng KFC Bebas Gluten
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN BERKAITAN:
- Resepi biskut makmur gebu
- Biskut makmur cair di mulut
- Resepi biskut makmur legend