Resepi Masak Kari Ayam Simple Sedap

Kari ayam ada banyak versi. Ada letak santan, letak cili giling, rempah campuran, banyak lagi. Setiap resepi rasa dia berbeza dan sedap dimakan dengan nasi panas.

Ada pernah sekali tu Dya masak kari ayam guna santan parut.

Rasa dia rupanya berbeza berbanding guna santan kotak.

Resipi ayam kari yang dimasak guna santan parut rasa agak ‘light’ sikit.

Tak lemak macam santan kotak.

Tapi berkhasiat sebab tak guna bahan segera (santan kotak). Hehe.

Harini saja je nak share resepi kari masak ayam yang simple.

Bahan kalini kita akan guna santan kotak. 

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
ayam kari

Bahan-bahan kari ayam simple dan sedap


  • Author: dhia
  • Total Time: 30 minutes
  • Yield: 3 orang 1x

Description

Kari ayam simple ni hidangan untuk 2-3 orang. Sesuai dan sedap dimakan ketika berbuka puasa nanti.


Ingredients

Scale
  • 1 Biji Bawang Besar (| Belah 4)
  • 3 Biji Bawang Putih
  • 15 Tangkai Cili Kering (| Potong 2 dan rebus)
  • 1 Biji Tomato (| Belah 4)
  • 2 S/b Kari Daging (| Campur sedikit air jadikan pes)
  • 1/2 Kotak Santan
  • 56 Ketul Ayam
  • 1 Tangkai Daun Kari
  • 1 S/b Gula
  • 1 Cubit Garam

Instructions

  1. Masukkan bawang besar, bawang putih dan cili kering ke dalam pengisar. Kisar dengan sedikit air (agak-agak)
  2. Panaskan minyak di dalam kuali
  3. Tumis bahan kisaran tadi bersama pes kari daging. Tumis hingga pecah minyak
  4. Masukkan daun kari ke dalam tumisan. Gaul sebati.
  5. Masukkan 1/2 cawan (mug) air kosong ke dalam tumisan. Gaul rata
  6. Masukkan ayam dan tomato dan gaul rata. Tunggu hingga separuh masak.
  7. Masukkan pula santan kotak tadi. Gaul sebati.
  8. Letak garam dan gula secukup rasa
  9. Tunggu sehingga ayam empuk
  10. Dah mendidih dan masak boleh angkat untuk dihidang
  11. Kalau kuah cair, tambah santan lebih sikit. Kalau kuah pekat, tambah air sikit. Agak-agak ikut suka korang
  • Prep Time: 15 minutes
  • Cook Time: 15 minutes
  • Category: Main Course
  • Cuisine: Indian

Nutrition

  • Calories: 109

Mudah je nak masak resepi kari ayam ni. Boleh cicah dengan roti jala, roti, biskut pun boleh. Hehe.

Nanti Dya akan share masak kari ayam guna rempah campuran pulak ok? 

Kalau guna rempah campuran yang ada halba, kari ayam rasa dia sebijik macam kari ayam mamak. Fuhh.

Rasa dia pekat melekat sedap!

Kalau korang suka resepi ni, mungkin korang nak cuba buat Resepi Paru Goreng Berlada ni jugak.

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

3 Comments

  1. ieja January 25, 2021
    • dhia January 25, 2021
  2. Aiida MNoors February 21, 2021

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star