Resepi Mudah Nasi Ganja Buat Sendiri Kat Rumah

Kali ni saya share kan resepi nasi ganja yg saya buat siang tadi bersama menu2 sampingan yang lain.. Selain dari menu2 ni, nasi ganja sedap juga di makan bersama, ayam masak merah @ daging hitam kandar@ dalca tulang…

Selamat Mencuba.

Resepi Mudah Nasi Ganja Buat Sendiri Kat Rumah

Resepi Mudah Nasi Ganja Buat Sendiri Kat Rumah

Bahan Resepi Nasi Ganja:

5 pot beras basmathi – rendam 30 min, kemudian tos..
1 sudu besar minyak sapi
2 sudu besar marjerin
1 paket kecil rempah sup( serbuk)*
5 ulas bawang putih*
7 ulas bawang merah*
1/2 inci halia*
1 buku pati ayam
6 sb sos cili maggi
1 ikat sup bunjut adabi
1 btg kecil kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
3 helai daun pandan- disimpul
1 sudu kecil pewarna kuning
Sedikit garam

***Semua bahan2 yg bertanda ( * ) dikisar bersama hingga halus atau nak tumbuk pun boleh..

Cara masak Nasi Ganja:

1. Panaskan minyak sapi + marjerin dalam periuk..

2. tumis bahan2 kisar bersama bunga lawang, kulit kayu manis, buah pelaga ,bunga cengkih, sup bunjut dan daun pandan.. Kacau sehingga naik bau..setelah itu masukkan air mengikut sukatan beras.. Biarkan mendidih..

3. kemudian masukkan pati ayam & sos cili..

4. seterusnya masukkan beras yg telah di tos bersama pewarna kuning dan sedikit garam..Dan biarkan nasi masak seperti biasa sehingga masak..

Tips:

Saya hanya kacau nasi sekali sahaja, waktu air hampir kering.. Dan selepas tu saya tak kacau lagi sbb jika terlebih kacau nasi akan patah dan tak kelihatan panjang2 teksturnya..

Resepi Kuah Kari Mamak Nasi Ganja

Resepi Kuah Kari Mamak Nasi Ganja

2 paket kecil serbuk rempah kari daging Babas
1.5 paket kecil serbuk rempah kari ikan Babas
1 sudu serbuk cili
( semua rempah & serbuk cili dicampur dan gaul dng air 1/2 cawan, kacau sebati)

1 biji bwg besar*
3 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 inci halia*

(Semua bahan bertanda * di kisar@ ditumbuk halus)

2 buku kiub pati ayam
Gula
Garam

Air asam jawa
Air secukup nya
Minyak 3/4 cawan
2 tangkai daun kari

Cara masak kuah kari:

-Panaskan minyak dlm periuk…bila panas tumis bahan2 kisar tadi…Bila dah harum masukkan rempah2 dan serbuk cili yg dah di bancuh tadi..

– kemudian kacau2 hingga naik minyak..bila nampak rempah dah warna merah dan ada minyak diatasnya maka segera tambahkan air…Biarkan ia mendidih hingga sedikit kering,kemudian tambah lagi air dan biarkan ia mendidih sekali lagi.. Proses ni yg akan menyedapkan kuah kari..

– Selepas itu masukkan kiub pati ayam,gula, garam, pes asam jawa adabi 1/2 sudu besar atau kalau guna air asam jawa pekat letaklah 1 sudu besar..

– Biarkan mendidih berkali kali sampai kuah pekat dan jadi sedap… last sekali bila hampir selesai bubuh daun kari.. Rasa dulu sblm selesai kan masak ye..

-Dah siap kuah mamak dan boleh taruh atas ayam.

***resepi kuah mamak ini hanya perlu buat jika anda buat ayam goreng berempah sahaja tetapi jika anda buat kari ayam@daging maka tak perlulah buat kari mamak lagi ye..

Kari mamak ini juga jika suka anda boleh terus masukkan ayam atau daging semasa tumisan rempah dah masak tadi… Baru masukkan air.

Resepi Mudah Nasi Ganja Buat Sendiri Kat Rumah

Resepi Ayam Goreng Berempah Nasi Ganja:

Satu ekor ayam potong 4@8@12
2 sudu besar serbuk kunyit
2 bungkus kecil rempah kari ayam
1 sudu serbuk ketumbar – optional
1 sudu kecil jintan manis – optional
sedikit garam dan gula
3 tangkai daun kari dimayang

5 ulas bawang merah*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia *
1 inci lengkuas*
3 btg serai *- dimayang nipis2 sblm kisar

Cara masak ayam goreng nasi ganja:

Kisar kan semua bahan *
Kemudian campurkan semua bahan dan rempah2 ke dalam mangkuk besar…pastikan adunan kental dan dapat menyalut iisi ayam dengan sempurna…

– bila dah sebati rempah tu semua masukkan ayam, gaul2 rata…perap sekurang kurangnya 3 jam… kalau lagi lama lagi bagus sbb lebih sedap.. Saya suka perap semalaman.. Kemudian boleh lah digoreng dengan api yg sederhana perlahan.. Api kena control betul2 ye, supaya isi ayam di bahagian dalam dapat masak sekata….kalau tak control api dengan baik nanti rempah yg menyaluti ayam tu yg akan cepat hangus pula dan rasa pahit.. jadi jgn lupa ye..

Resepi sambal tumis udang

Resepi sambal tumis udang:

500gm udang size besar
5 senduk cili kisar
3 ulas bawang merah kecil dimayang nipis2
2 biji bawang besar – kisar/ tumbuk
1 ulas bawang putih – kisar/ tumbuk
2 sudu kecil belacan- kisar/ tumbuk
Air asam jawa
Gula
Garam

Cara2 masak:

Panaskan minyak dan tumiskan bawang merah kecil sehingga kekuningan dan masukkan bahan-bahan kisar dan cili blend…tumis sehingga cili benar benar garing dan masak…hingga warna agak gelap, tapi bukan hangit ye..

Setelah garing, masukkan sedikit gula…Kacau rata dan masukkan air asam jawa serta garam…kacau seketika..

Masukkan udang. .Sesuaikan rasa dan kepekatan… Udang tak perlu dimasak terlalu lama ye…Angkat dan bolehlah dihidangkan..

Resepi ini sudahpun dikreditkan kepada pemilik asal di kolum penulis di atas.

Baca Juga Sambal Bilis Kering Lada Hijau

CARIAN BERKAITAN:

  • nasi ganja paling laris di ipoh
  • resepi nasi ganja vanggey
  • nasi kandar sedap murah



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment