Resepi Ala Thai, Kerabu Sotong Mudah Dan Sedap

Dya suka makan kerabu dari dulu lagi. Dan sotong antara yang paling sedap dibuat ratah. Paling best kalau ada suhun sekali dalam kerabu.

Tapi, dalam resepi ni Dya terlupa nak letak suhun. Hehe. Takda suhun pun sedap jugak.

sotong kerabu ala thai simple
kerabu sotong

Kalau korang nak buat untuk berbuka puasa nanti, boleh campur suhun sekali okay?

Sedap gila ratah macamtu saja.

Jom start masak.

Resepi Sotong Buat Kerabu Ala Thai

bahan buat kerabu sotong

Bahan-bahannya:

  • 5 ekor sotong |bersihkan, hiris kemudian celur sekejap dalam air mendidih
  • 2 biji Limau kasturi | perah jusnya sahaja
  • sedikit Daun ketumbar atau daun sup | hiris, kuantiti ikut selera
  • 1 biji bawang merah | dihiris tebal
  • 10 batang Cili api ikut citarasa | dihiris atau diketuk
  • 2 batang Kacang panjang | dihiris macam dalam gambar
  • 1 biji Tomato | Potong 6 @ 8
  • 2 sb sos ikan
  • Gula secukupnya | dalam resepi ni saya letak 1sb

Cara Buat:

  1. Celur sekejap sotong dalam air mendidih. Jangan lama sangat celur, sebab nanti sotongnya jadi mcm kurang sedap dan terlebih keras.
  2. Angkat dan tos
  3. Dalam mangkuk, masukkan kesemua bahan. Gaul rata. Rasa kerabunya
  4. Kalau kurang masin, tambah sikit sos ikan. Kalau terlebih masin, tambah sikit gula dan limau.
  5. Rasa dah cukup masin, masam, manis. Boleh angkat dan hidang kan
  6. Kalau ada suhuh yang dah dicelur, boleh campurkan sekali. Sedap!

Sos ikan ni rasa dia masin dan bau ikan. Jadi, sebab tu tak perlu letak garam dah.

Resepi kerabu ni rahsianya adalah sos ikan. Kalau takda sos ikan, memang tak jadi kerabu ala thai.

Dan kerabu semestinya kena ada rasa masam, manis dan masin sos ikan. Barulah sedap diratah macamtu saja. Hehe.

Untuk daun ketumbar, ada sesetengah orang kurang suka baunya. Jadi, boleh gantikan dengan daun sup. Harummm..

Lepasni boleh cuba masak Kailan ikan masin pulak untuk berbuka esok

CARIAN BERKAITAN:

  • Kerabu sotong ala thai
  • resepi simple sotong

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment