Resepi Kerabu Taugeh Sedap Guna Kelapa Sangai

Ada banyak jenis sayur kerabu kita boleh buat dan antaranya resepi kerabu taugeh guna kelapa sangai.

Memang sedap gila!

kerabu sayur taugeh simple
Kerabu taugeh (maaf saya tak buang ekor taugeh, cuma basuh bersih sahaja sebab saya suka gila makan taugeh macamni)
Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
kerabu taugeh sedap

Resepi Kerabu Taugeh Kelapa Sangai


5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star

No reviews

  • Total Time: 30 minutes
  • Yield: 2 orang 1x

Description

Kerabu taugeh enak diratah macamtu saja. Ada rasa masam, manis, masin secukup rasa. Tambah pulak ada kelapa yang disangai. Makin sedaplah duk perabis sorang


Ingredients

Scale

Bahan-bahannya:

  • 3 Biji limau kasturi (| potong 2)
  • 1 Biji bawang merah (| hiris)
  • 23 batang kacang panjang (| potong kecil)
  • 1/2 biji tomato (| hiris tebal)
  • 5 biji cili padi (| dihiris)
  • 2 sb sos ikan thai
  • 1 genggam taugeh
  • sedikit daun ketumbar (| dihiris)
  • gula secukup rasa

Instructions

Cara Buat Kerabu:

  1. Sangai kelapa dalam kuali tanpa sebarang minyak. Sangai sekejap je sampai warna perang sikit macam dalam gambar
  2. Campurkan kesemua bahan kecuali limau nipis. Gaul rata
  3. Last sekali perah limau kasturi ikut masam yang kita nak
  4. Adjust rasa dengan gula dan sos ikan.
  5. Sos ikan dah masin, tak perlu letak garam
  • Prep Time: 15 minutes
  • Cook Time: 15 minutes
  • Category: Salad
  • Cuisine: Mediterranean

Resepi Simple Kerabu Taugeh

Nak buat pun senang je. Tak renyah sangat. Campak-campak semua bahan, gaul, siap!

resepi kerabu taugeh sedap
Bahan-bahan kerabu

Bahan-bahannya:

  • 3 biji limau kasturi | potong 2
  • 1 biji bawang merah | dihiris
  • 2 Batang kacang panjang | potong kecik
  • 1/2 biji tomato | hiris tebal
  • 5 biji cili padi | dihiris
  • 2 sb sos ikan thai
  • 1 Genggam taugeh | basuh dan buang ekornya jika mahu
  • sedikit daun ketumbar
  • Sedikit belacan dibakar | Pilihan. Tak letak pun takpa
  • Gula secukup rasa
kerabu taugeh kelapa sangai
kerabu taugeh

Cara Buat:

  1. Sangai kelapa dalam kuali tanpa sebarang minyak. Sangai sekejap je sampai warna perang sikit macam dalam gambar
  2. Masukkan semua bahan kecuali limau kasturi. Gaul rata.
  3. Last sekali perah limau kasturi ikut kemasaman yang kita nak. Biji limau dibuang. Kita nak jus dia je.
  4. Adjust rasa kerabu dengan sos ikan dan gula. Tak perlu garam sebab sos ikan dah masin
  5. Siap untuk dimakan!

Tips: kalau terlebih masin, tambahkan bahan kerabu kecuali sos ikan, gula dan limau. Sekatakan rasa.

Maaf saya tak buang ekor taugeh, cuma basuh bersih.

Sebab bagi saya semua bahagian taugeh tu sangat berkhasiat. Sebab saya ikhtiar hamil dengan minum rebusan guna anak taugeh. Hehe.

Sebab tu saya suka makan keseluruhan bahagian taugeh.

Kerabu Makanan Berkhasiat

Kerabu ni sebenarnya salah satu masakan yang sihat. Sebab kita banyak guna sayuran dan paling penting gula tu guna gula organik warna perang.

Rasa dia ada rasa masin, masam, manis, bau macam ikan sikit sebab guna sos ikan.

Kalau agak-agak masih mencari idea makanan sihat tapi sedap gila-gila, ni lah resepinya.

Buat je kerabu. Tak kira kerabu daging, kerabu sayur, kerabu perut, kerabu seafood. Semua boleh.

Kita boleh makan banyak tanpa rasa bersalah. Hehe.

Jom cuba masak cendawan goreng tepung pulak.

CARIAN BERKAITAN:

  • kerabu taugeh sedap
  • resepi kerabu mudah simple
  • kerabu sayur kelapa sangai

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star