Harini baru je selesai bakar biskut cornflakes madu rangup. Mudah sangat nak buat.
Tahun ni tiba-tiba ada mood pulak nak buat kuih raya. Haha.
PrintResepi biskut Cornflakes Madu Rangup
- Total Time: 1 hour 20 minutes
- Yield: 200 bekas 1x
Description
Biskut paling mudah buat dan cepat siap. Bahan pun simple je.
Ingredients
Bahan-bahan biskut cornflakes madu
- 9 Sudu Besar madu
- 3/4 Cawan Gula Perang
- 500 gram Cornflakes
- 300 Bekas mangkuk kertas
- 1 Botol kecil sprinkles
- 250 gram Butter
- 1 Sudu Teh Esen Vanilla
Instructions
Cara Masak Biskut Cornflakes Madu Rangup:
- Hancurkan sedikit cornflakes madu yang dah siap dimasak supaya mudah nak masuk ke dalam bekas nanti. Asingkan tepi.
- Masukkan butter, gula perang dan madu di dalam periuk. Masak guna api kecil.
- Gaul rata dan tunggu butter serta gula larut dengan sebati.
- Matikan api dan tunggu sehingga adunan tu suam.
- Kemudian baru campurkan cornflakes ke dalam periuk. Gaul sebati dan angkat.
- Masukkan cornflakes madu ke dalam mangkuk kertas dan hias dengan sprinkles
- Bakar pada 150° selama 7-8minit. Angkat terus selepas masak.
- Biarkan biskut sejuk baru masukkan dalam balang kuih raya.
- Prep Time: 20 Min
- Cook Time: 1 hour
- Category: Biskut Raya
- Cuisine: Malaysia
Senang je nak buat biskut cornflakes madu ni. Dapat banyak dan cepat jugak habis nanti. Haha.
Resepi ni dijamin cornflakes madu korang rangup dan tak melekat kat mangkuk kertas tu.
Teringat masa 12 tahun yang lepas. Lepas habis SPM, gigih pergi kerja kat kilang buat kuih raya.
Tujuan utama sebenarnya nak belajar buat kuih raya. Macam-macam jenis kuih Dya buat masa bekerja tu.
Kuih paling Dya suka ialah biskut nestum. Heaven sangat rasa dia.
Biskut Cornflakes Madu Sedap Dan Rangup
Biskut cornflakes madu rangup ni takda dalam list kilang tu. Ni ha, baru tergerak hati nak cuba buat biskut raya.
Cara Buat Cornflakes Madu:
Butter, madu, sprinkles, cornflakes, gula perang dan esen vanilla (lupa nak snap)
Masukkan butter, gula perang, esen vanila, madu ke dalam periuk. Masak guna api kecil
Masak sehingga jadi berbuih macamni. Matikan api dan rehatkan sekejap sampai suhu adunan jadi suam
bila suhu dah suam, baru campurkan cornflakes. Gaul rata.
Masukkan dalam cup dan tabur dengan sprinkles. Kemudian bakar dalam oven[/caption]
Duk leka buat dapatlah dalam 300 bekas biskut cornflakes madu.
Kos yang diperlukan ada dalam anggaran RM20+
Bahan yang diperlukan pun simple, mudah dan cepat je siap.
Kalau rasa nak print resepi ni, korang boleh tengok ringkasan resipi cornflakes kat atas. Boleh terus tekan button print.
Senang je kan nak buat? Pejam mata pun boleh siap. Haha.
Tips hasilkan cornflakes madu rangup dan tak melekat kat cup:
- Pastikan adunan yang dimasak suam dahulu. Jangan masukkan cornflakes masa tengah panas mendidih sebab nanti cornflakes korang akan lembik
- Madu letak 9 sudu dah cukup. Jangan terlalu banyak sebab nanti cornflakes akan melekat kat cawan kertas.
- Bakar sekejap je. Dya buat 150° selama 7-8 minit. Angkat terus selepas masak. Korang kena adjust suhu ikut kesesuaian oven masing-masing ya.
- Masukkan dalam balang kuih bila kuih dah sejuk supaya kuih kekal rangup.
Lepasni boleh cuba resepi bakar biskut untuk Baby pulak.
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN BERKAITAN:
- Resepi cornflakes madu khairul aming
- cornflakes butter
- cornflakes madu rangup sukatan cawan
Kenapa bila masak cornflakes jadi keras
mungkin puan letak madu terlalu banyak…
kenapa cornflakes madu tak melekat antara satu sama lain eh ke memang macam tu dah berapa kali cuba buat tapi still jadi macam tu
kalau follow 100% resepi ni, memang melekat sikit2, tak melekat kuat..kalau melekat sangat nanti bila bakar dan simpan, bawahnya akan jadi keras dan melekat dengan bekas kertas tu..Susah nak makan nanti . hehe
Mohon pinjam resepi dengan gambarnya untuk tujuan rujukan
Resepi untuk satu kotak cornflakes kan
betul
preheat oven brp minit ye??
Kalau guna gula castor boleh ke? Sukat dia sama ke mcm mana?
Boleh je..resepi asal guna gula kastor. Sukatan sama.. tapi resepi ni saya takda stok kastor, jadi saya ganti gula biasa blend halus ^_^
Saya buat pon keras.. give up dah.. makan jela mana yang buat 😞
sis buat guna sukatan cawan yang sama tak ye? saya guna cawan ikea (1 cawan anggaran 230g) Dan sis bakar guna api atas bawah? dan doh keras ke sebelum campur cornflakes? Sebab resepi ni adunan jenis lembut (jangan tambah tepung), doh tak boleh keras/rapuh, nanti kuih jadi keras..
kenapa saya buat tak rangup… bahagia atas jew rangup..
sis buat guna sukatan cawan yang sama tak ye? saya guna cawan ikea (1 cawan anggaran 230g). Dan bakar guna api atas bawah?