Cara buat Burger daging homemade lebih sedap & boleh letak telur goyang.
Kat pasaraya memang ada dijual daging burger jenis sejuk beku. Tapi, jauh beza sangat nak dibandingkan, kalau korang buat sendiri daging burger kat rumah.
Semalam kita cerita pasal cara buat Kentang Bakar Salut Keju Meleleh kan?
Harini, kita masak pulak daging burger telur goyang meleleh.
PrintResepi Cara Buat Burger Telur Goyang
- Total Time: 0 hours
- Diet: Gluten Free
Ingredients
- 3 Sb minyak masak
- 200gm daging kisar
- 6 keping roti gluten free
- 3 biji telur
- Secubit garam HIMSALT
- Sedikit mushroom seasoning
- Secubit kari daging MAK SITI
- Secubit jintan manis MAK SITI
- Secubit serbuk cili MAK SITI
- sedikit daun parsley cincang halus @ parsley flakes
Instructions
cara 1
- Campurkan daging kisar bersama daun parsley yang dah dicincang halus, mushroom seasoning, garam, serbuk kari, jintan manis, serbuk cili. Gaul rata bagi rempah sekata. .
- Kemudian kepalkan daging tersebut dan bentukkan menjadi bulatan yang berlubang di tengah seperti donat.
- Panaskan minyak, dan goreng burger. Balikkan kedua bahagian.
- Biarkan separuh masak lalu masukkan telur ke bahagian tengah burger yang dah dilubangkan tadi
- Setelah telur siap dimasak, angkat daging burger bersama telur dan hidang
Cara 2:
- Campurkan daging kisar bersama daun parsley yang dah dicincang halus, mushroom seasoning, garam, serbuk kari, jintan manis, serbuk cili. Gaul rata bagi rempah sekata.
- Bentukkan bulat dan leperkan dalam 1 atau 2 inci ketebalan. Perap sebentar.
- Panaskan sedikit minyak dalam kuali.
- Masukkan daging perapan tadi dan balikkan bila dah masak
- Goreng sehingga masak cantik
- Angkat
- Kemudian goreng telur goyang berasingan. Setelah siap, letak di atas daging burger tadi dan hidang bersama taburan lada hitam dan kepingan parsley
- Prep Time: 15 Minit
- Cook Time: 20 Minit
- Category: daging
Selain burger homemade, sebenarnya korang boleh juga olah resepi daging burger ni jadi bebola daging untuk dijadikan sup.
Boleh Guna Cara Buat Burger Jadi Bebola Daging
Kot tetiba tukar angin nak buat Resepi Sup Cendawan dengan Bebola Daging, bolehla cuba nanti
Ikut kreativiti masing-masinglah. Kita yang buat dia, bukan dia buat kita. Kan? Haha.
Berbalik pada daging burger, saya yakin memang habis licinlah kalau korang buat resepi ni untuk hidang pada anak & suami.
Bayangkan telur goyang dipadankan dengan daging burger yang juicy, sedapnya!
Bahan perencah dan rempah yang digunakan pun mudah nak jumpa kat pasaraya berdekatan, atau nak mudah klik saja bahan-bahan di resepi atas. Saya ada letak link bahan yang saya guna.
Tak perlu kos yang banyak untuk buat sarapan pagi sedap giler untuk anak & suami.
Antara bahan yang diperlukan untuk buat burger telur adalah:
Makan Burger Tanpa Roti Gandum
Nota terbaru: saya dah tak mengamalkan roti putih atau wholemeal yang ada gandum di pasaran. Sekarang hanya guna roti gluten free (roti tanpa gandum) untuk jaga kesihatan usus perut.
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN YANG BERKAITAN:
- Telur burger recipe
- Resepi daging burger telur
- cara buat burger daging homemade
- resep membuat daging burger
No Responses