Resepi Sedap Ayam Serai Berlada Gerenti Menjilat Jari

Bismillahirahmanirrahim. Assalamualaikum. Salam Menjemput rezeki. Resepi cara masak ayam serai berlada ni sangat mudah dan memang jadi kegemaran ramai.

Semoga diberkati hidup hari ini, dimudahkan urusan, sihat wal’afiat dan semoga Allah perkenankan doa2 kita.

آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْن
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَ لآ إِلهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبر
اَللَّهُمَّ صَلِّ َعلى سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل سيدنا مُحَمَّدٍ
آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
جزاك اللهُ خيراً

Ummi nak share resepi lauk peberet cik suami mudah dan ringkas saja anak2 pon suka😊 . Agaknya orang pahang punya masakan tradisi mungkin.

Cik suami kata ibu selalu masak untuk mereka adik beradik dari kecil lagi sebab tulah jadi lauk kesukaan sampai dah jadi bapak budak.

Ummi pon jadi tergoda dengan rasa Ayam Serai Berlada ini.

Bagusnya bahan utama serai,halia,bawang besar yang jadikan resepi ini terangkat, lepas makan bole keluarkan segala angin dalam badan yang tak perlu tu. Hahaha.

Okay jom kita mulakan tugasan memasak.

⛤⛧⛤⛧⛤⛧⛤⛧⛤⛧⛤⛧⛧⛤⛧
Resepi Sedap Ayam Serai Berlada Pasti Menjilat Jari
⛤⛤⛤⛤⛤⛤⛤⛤⛧⛤⛧⛤⛧⛤⛧

Resepi Sedap Ayam Serai Berlada Gerenti Menjilat Jari

Bahan resepi ayam serai berlada untuk ditumbuk:

1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit hidup(serbuk kunyit pon bole)
Cili merah sesedap rasa
(kalo ummi 10@20biji kuat pedas)

2 biji bawang besar di hiris kasar.
1 keping asam keping.
1 ekor ayam potong 12
1 senduk minyak masak

Cara-caranya:

1.Tumis bahan ditumbuk tadi sampai naik wangi. Kalo bau bahan kita tumis dah menusuk dalam hidung maknanya dah naik wangi bole lah kita ke step seterusnya.
2. Setelah naik wangi masukkan ayam.
3. Masuk kan kunyit hidup@serbuk kunyit. Kacau sehingga sebati
4. Kemudian masukkan bawang besar yang dihiris kasar.
5. Masukkan sedikit air (agak2 untuk ayam masak sehingga lembut)
6. Masukkan asam keping, garam dan serbuk perasa.
7. Masak sehingga ayam menjadi lembut. (Kalo uolls suka berkuah lebihkan air dan kalo suka yang kering biarkan ayam masak sehingga air kering)
8. Siap untuk dihidangkan.

P/s*Hidangkan bersama nasi panas dan gaul dengan kicap. Pasti 3 pinggan bertambah pon tak sedar😆

Lepasni kita cuba pulak masak Resepi Shellout Homemade Paling Simple dan Mudah.

Resepi Sedap Ayam Serai Berlada Gerenti Menjilat Jari

Selamat mencuba,uolls jgn lupa masak dgn penuh kasih syg dan ikhlas utk org tersayang!

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • ayam berlada masak hijau
  • ayam goreng berlada cili api
  • ayam masak sambal cili padi
  • resepi ayam masak lada

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment