Masakan ni biasanya mama selalu masak untuk saya dan adik-adik. Masak sambal hijau. Kalau kat tempat lain saya tak pasti apa namanya.
Tapi yang pasti setiap negeri lain cara masak. Hehe.
Kalau jawa di Selangor cara masak pun lain berbanding masyarakat jawa Johor.
Masing-masing ada teknik tersendiri. Jadi, saya kongsikan resepi sambal bilis hijau ni kat korang okay?
Resepi Cara Orang Jawa Johor Buat Sambal Bilis Hijau
Sebelum ni ada jugak masak Ayam Goreng Sambal Hijau
Cara masak sambal tu sama je macam ayam sambal hijau. Cuma kalini gantikan dengan bilis.
Lepastu cicah dengan lempeng ataupun ubi rebus. Pehh, memang tak puas makan weh sebab sedap gila!

Kalau kat tempat lain biasanya cicah sambal merah atau gula kan? Korang kena cuba sambal hijau pulak.
Gerenti lepasni ketagih nak buat resepi ni saja. Hehe.
Bahan masak sambal hijau:
- 1 biji bawang besar (dikisar)
- 1 biji bawang besar (hiris bulat)
- 2 biji bawang putih (dikisar)
- 15-20 tangkai cili padi (dikisar)
- Ikan bilis (digoreng)
- Sedikit air asam jawa
- Garam dan gula secukup rasa
Cara masak sambal bilis hijau:
- Kisar bawang besar, bawang putih, cili padi dengan sedikit air
- Masukkan minyak ke dalam kuali dan tumis bahan kisar tersebut
- Setelah tumisan kering dan sambal berwarna kekuningan, masukkan sedikit air asam jawa ke dalam masakan dan sedikit air.
- Masukkan juga bawang besar yang dihiris bulat.
- Letak sekali garam dan gula secukup rasa.
- Setelah air dalam sambal tu kering sedikit, masukkan pula bilis dan gaul rata
- Siap untuk dihidang dan dimakan bersama lempeng/ubi rebus!
Senang je kan? Korang cubala buat. Dulu saya ke China ni lah bekalan yang saya bawak memandangkan makanan kat China takda yang pedas dan kurang perasa.
Jadi, saya buat sambal ni terbang sampai ke China untuk makan beberapa hari. Haha!
Sambal ni kalau betul cara masaknya, cili tu masak dengan sempurna, sambal akan bertahan selama seminggu.
CARIAN BERKAITAN:
- resep sambal ijo pedas
- Sambal ikan bilis kering tahan lama
- bilis goreng berlada cili api