Siapa suka makan rendang kat sini? Sepp sikit! Hehe. Dya memang peminat rendang dari kecik lagi. Lagi-lagi kalau mama yang masakkan.
Air tangan mak takda sapa boleh lawan. Kan? Hehe. Cara nak masak rendang ada banyak teknik dan pelbagai bahan berbeza.
Kadang ada orang suka makan rendang tok, rendang daging kering, rendang daging tradisional, rendang daging minang, rendang ayam cili padi, eh macam banyak pulak resepinya ni. Haha.
Ikut taste memasing lah. Kalau Dya, semua jenis rendang Dya ngap je. Yang membezakan hanyalah bahan yang digunakan dan cara masak rendang tu.
Jadi, kalini Dya nak share dengan korang resepi daging rendang confirm sedap gila.
Resepi Cara Mudah Masak Rendang Daging Dijamin Sedap
Bahan nak masak rendang memang renyah sikit. Tapi bila dah siap, peh dia punya sedap tu memang puas gila weh.
Bahan masak rendang daging sedap:1 biji bawang besar (dikisar) 2 biji bawang putih (dikisar) 1 inci halia (dikisar) 1 inci lengkuas (dikisar) 1 inci kunyit hidup (dikisar) 2 batang serai (dikisar) 2 sudu besar pes rendang 10 tangkai cili kering (rebus dan dikisar asing) 2 sudu jintan manis (kisar kering) 2 sudu ketumbar (kisar kering) 2 sudu jintan putih (kisar kering) 125ml santan pekat 4 sudu makan kerisik (dikisar halus) Garam, gula & air asam jawa secukup rasa Daun limau (hiris utk hiasan) Saiz hidangan : 2-3 orang |
Cara Buat Rendang Daging Sedap:
- Rebus daging dahulu selama sejam atau lebih. Pastikan daging empuk. Tips lembutkan daging ada orang letak daun betik/biji kurma masa rebus daging tu. Air rebusan daging jangan buang.
- Blend bahan kisar (bawang besar, bawang putih, lengkuas, kunyit hidup, halia, serai) dengan air. Jangan banyak sangat air, cukup2 paras bahan masuk dalam blender tu je.
- Rebus cili kering kemudian blend dengan air . Kuantiti air pun tak perlu banyak sangat. Cukup sekadar boleh pusingkan blender masa nak kisar tu. Hehe.
- Kisar halus bahan jintan manis, jintan putih, ketumbar
- Sangan hampas kelapa/kelapa kasar (ada jual dalam paket) sekejap atas kuali tanpa minyak. sangan sampai da warna coklat sikit . Jangan lama sangat nanti hangus. Kemudian kisar halus kerisik ni.
Step seterusnya:
Rendang ni best gila. Lengkap dengan rasa manis, masam, masin, pedas dia. Semua ada.
Tips:
Jangan letak cili giling banyak sangat. Pedas gila rendang nanti weh!
CARIAN BERKAITAN:
- rendang daging johor
- resepi rendang daging tradisional
- cara masak rendang daging cili api
- resepi rendang daging tok chef wan
Tq sis berkongsi resepinya