8 Manfaat Bagus Strawberi Untuk Kecantikan Kulit Wajah

Saya paling suka bila makan strawberi cicah coklat. Rasa masam-masam campur lemak sikit.

Tapi, bila kat pasaraya, kelemahan saya bile nak pilih strawberi. Susah nak dapat strawberi manis. Semua masam dah kenapa?! Haha.

30 Manfaat Bagus Strawberi Untuk Kecantikan Wajah

Tapi, masam-masam pun strawberi ni katanya banyak manfaat, terutamanya untuk kecantikan kulit wajah & kesihatan dalaman tubuh badan. Yeke?

8 Manfaat Bagus Strawberi Untuk Kecantikan Kulit Wajah

1. Strawberi sebagai pembersih wajah

Kandungan vitamin c, asam salisilat, antioksidan dan exfoliant bagus untuk kulit dan kecilkan pori pori muka.

Ambil ekstrak strawberi dan sapu ke wajah sebagai pembersih muka. Boleh juga disapu sebagai masker.

2. Strawberi sebagai toner wajah

Gunakan strawberi untuk hilangkan kedut di muka.

Caranya, blend halus strawberi. Kemudian ambil 2 senduk strawberi dan campurkan 50ml air bunga mawar, letak di dalam peti sejuk.

Bahan toner ni bertahan selama 10 hari. Jadi, bolehla jadi penyegar muka harian nanti.

3. Strawberi sebagai pelembab semulajadi

Strawberi boleh diguna untuk rambut lebih bersinar cantik. Caranya hancurkan 7-8 biji strawberi kemudian tambah 1 senduk mayonis. Sapu pada rambut dan biarkan 15 minit sebelum dibilas bersih.

10 Manfaat Bagus Strawberi Untuk Kecantikan Wajah

4 . Strawberi bagus untuk cerahkan wajah kusam

Kulit muka yang banyak terdedah dengan habuk di luar ada potensi untuk menghadapi masalah kulit wajah yang kusam.

Strawberi memainkan peranan yang sangat bagus untuk atasi masalah ni.

Blend buah strawberi kemudian tambah 1 sudu makan madu. Sapu pada muka sebagai masker. Picit lembut wajah anda, biarkan 15-20 minit. Kemudian bilas bersih.

Teknik ni bagus juga untuk mereka yang ada masalah kulit berjerawat dan berminyak.

5. Strawberi melindung kulit dari sinar UV

Setiap kali keluar rumah, paling simple pun saya akan calit bb cream/foundation untuk lindungi kulit dari habuk & sinar UV.

Kadar antioksidan yang tinggi dalam strawberi membantu mengurangkan kedutan pada kulit, kesan dari sinar UV tu tadi. Amalkan memakai strawberi sebagai pencuci, toner dan masker setiap hari.

6. Strawberi hilangkan lingkaran gelap bawah mata

Strawberi bagus untuk mata terutamanya untuk mereka yang ada masalah mata panda atau lingkaran gelap bawah mata. Hiris saja strawberi kemudian baring sambil tepek hirisan strawberi pada mata & relaks 15-20 minit.

10 Manfaat Bagus Strawberi Untuk Kecantikan Kulit Wajah

7. Strawberi bantu kurangkan masalah kulit berminyak

Kandungan vitamin C pada strawberi bagus untuk kurangkan masalah kulit berminyak.

Caranya, ambil 10 biji strawberi, kemudin parut atau blend. Campurkan 2 sudu minyak zaitun atau minyak kelapa dara. Gaul rata dan sapukan ke bahagian badan yang bermasalah.

Buat rutin masker ni 2 kali seminggu dah memadai.

8. Strawberi sebagai skrub pada kaki

Strawberi boleh juga digunakan untuk menghapuskan sel kulit mati dan kulit kasar pada kai dan wajah.

Tumbuk 6-8 biji strawberi meudian campurkan sedikit gliserin dan tepung gandum. Rendam kaki dalam air suam dan sapu strawberi tadi sebagai skrub kaki.

Eh Lunch nanti nak masak apetu? Jom la masak sambal ayam penyet nak? Resepi sambal ayam penyet cicah nasi putih panas.

Peh. Terbayang-bayang kepedasan & nikmat sambal tu.

Summary
30 Manfaat Bagus Strawberi Untuk Kecantikan Wajah
Article Name
30 Manfaat Bagus Strawberi Untuk Kecantikan Wajah
Description
Tapi, masam-masam pun strawberi ni katanya banyak manfaat, terutamanya untuk kecantikan kulit wajah & kesihatan dalaman tubuh badan. Yeke?
Author
Publisher Name
sedapfood.com
Publisher Logo

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

Add Comment