Haritu saja la nak cuba buat resepi sambal belacan yang viral kat FB. Sedap!
PrintResepi Sambal Belacan Viral
- Total Time: 30 minutes
- Yield: 5 orang 1x
Description
Nak buat sambal belacan ni simple sangat. Sedap. Patutlah viral.
Ingredients
Bahan-bahan Sambal:
- 1 Biji Tomato (belah 4)
- 5 Batang Cili merah (Patahkan)
- 5 Biji Limau kasturi (buang biji, 1 biji jangan buang kulit, 4 biji perah jus sahaja)
- 1 biji Lemon (Optional)
- 2 Biji Bawang merah (Potong besar)
- 2 inci Belacan
- 1 Genggam Cili padi
- 5 Ulas Bawang Putih
- Garam gula secukupnya
Instructions
Cara Buat Sambal belacan Viral:
- Goreng dalam kuali (tomato, cili merah, cili padi, bawang merah, bawang putih, belacan). Goreng sekejap je.
- Kemudian masukkan semua bahan yang digoreng tadi kedalam blender termasuk 1 biji limau yang tak dibuang kulit, manakala 4 biji limau kasturi diperah sahaja.
- Kalau nak cair, boleh tambah sedikit air.
- Jangan lupa tambah gula dan garam secukup rasa. Kisar hancur.
- Kalau suka sambal jenis kasar, kisar sekejap je. Kalau suka sambal halus, kisar lama sikit.
- Kemudian, kalau rasa nak masam lebih, perah lemon sikit. Kalau taknak, tak payah pun takpe.
- Siap untuk dimakan dengan nasi putih panas dan ulaman.
Notes
Tips sambal tahan lama: Simpan dalam peti ais
- Prep Time: 15 minutes
- Cook Time: 15 minutes
- Category: Sambal
- Cuisine: Malaysia
Resepi ni, ada kuantiti bahan yang Dya adjust/ubahsuai sikit.
Sebab resepi dari FB tu, macam biasalah. Viral tapi bila dibuat rasa dia kurang sedap.
Sebab tu Dya akan adjust ikut selera dan citarasa yang lebih sedap dimakan.
Bahan sambal belacan viral ni simple sangat.
Jom Cuba Resepi Sambal Buah Kuini Pulak
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN BERKAITAN:
- resepi sambal belacan sedap
- sambal belacan resepi sedap
- sambal belacan
Walahh..
Klau nk gantikan limau kasturi tu dgn cuka , bleh x ?
tak pasti pulak. tak pernah cuba lagi ^_^