Resepi Sedap Gila Ikan Kembung Masak Taucu Ala Cina

Dya jarang-jarang buat ikan kembung masak taucu ala cina ni. Kalau dah teringin sangat barula rajin nak masak. Haha.

Nak masak pun senang gila kot weh. Bahan pun takdalah renyah mana. Tapi, nak bagi tips ni.

Jangan letak banyak sangat taucu dalam masakan. Nanti masin gileh. Sebab masa Dya mula-mula masak taucu, Dya letak banyak gila taucu hampir setengah botol.

Pastu nak makan masin kaw-kaw. Haha! Yela, dulu masa awal-awal tak pandai masak sangat. Sekarang baru tau seimbangkan rasa masakan tu.

Resepi Sedap Gila Ikan Kembung Masak Taucu Ala Cina

ikan kembung masak taucu ala cina

Kalini resepi yang Dya share kan kat sini confrim sedap! Rasa taucu seimbang dengan ikan & bahan-bahan lain.

Bahan-bahan masak taucu ikan kembung:

1 biji bawang besar (hiris bulat)

2 biji bawang putih (hiris)

1 inci halia (hiris)

10 tangkai cili padi (potong dua)

1 biji tomato (potong 4)

2 ekor ikan (belah 2)

3 sudu taucu

1 sudu sos ikan

Timun jepun (potong 4)

Garam & gula secukup rasa

Sedikit air (untuk kuah)

Cara masak ikan kembung taucu paling sedap:

Resepi Sedap Gila Ikan Kembung Masak Taucu Ala Cina

1. Tumis bawang, cili, bawang putih dan halia hingga naik bau

Resepi Sedap Gila Ikan Kembung Masak Taucu Ala Cina

2. Masukkan 3 sudu taucu ke dalam tumisan

Resepi Sedap Gila Ikan Kembung Masak Taucu Ala Cina

3. Masukkan 1 sudu sos ikan. Kemudian masukkan sedikit air untuk jadikan kuah.

Resepi Sedap Gila Ikan Kembung Masak Taucu Ala Cina

4. Masukkan timun dan tomato. Biarkan seketika

Resepi Sedap Gila Ikan Kembung Masak Taucu Ala Cina

5. Masukkan ikan kembung & tambahkan sedikit air untuk banyakkan sikit kuah. Masukkan juga garam dan gula secukup rasa. Gula tak perlu banyak. Cukup setengah sudu sahaja.

Resepi Sedap Gila Ikan Kembung Masak Taucu Ala Cina

6. Bila ikan dah masak sempurna, angkat masak taucu tu dan hidang. Siap untuk dimakan!

Tips banyakkan kuah masak taucu ikan kembung :

Tambahkan air dalam masakkan. Tambah juga 1 atau 2 sudu taucu supaya rasa taucu tu lebih pekat. Agak-agak je ikut rasa lidah korang lah.

Jangan pulak awal-awal gi letak setengah botol taucu. Masin gila nanti. haha!

Masakan taucu ikan kembung ala cina ni cukup dimakan untuk 2 orang. Tapi sekali makan je lah. Hehe. Kalau nak makan ramai-ramai, tambahla kuantiti bahan dalam masakan korang okay?

Baca Juga Resepi Ayam Masak Merah Stail Orang Johor

 

 

 

 

CARIAN BERKAITAN

  • ikan masak taucu ala cina
  • gambar taucu
  • ikan masak taucu azie kitchen
  • resepi ikan kembung masak taucu chef wan
  • ikan kembung masak taucu pedas

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

One Response

  1. Nona nina August 12, 2020

Add Comment