Bila musim raya, memang boleh dikatakan tiap hari melantak kuih raya, termasuklah resepi tart nenas gulung. Tapi biasanya kita akan makan kuih jenis ada gluten.
Sekali ngap tak cukup. Kena 4-5 kali ngap. Haha!
Tapi, bila fikirkan bahan yang digunakan buat tart, sebenarnya kurang bagus untuk perut korang.
Terutamanya untuk mereka yang ada ekzema dan perut sensitif.
Sebenarnya, boleh je buat kuih tart nenas versi sihat, atau biasanya kita panggil kuih gluten-free.
Rahsianya pada bahan yang kita gunakan.
Untuk jaga perut anak, perut sendiri sekeluarga, saya pilih untuk buat kuih gluten-free sahaja.
Maksudnya tiada sebarang tepung gandum dalam resepi ni.
Tepung gandum ada kandungan gluten.
Ada orang perut sensitif dengan makanan ber gluten. Tepung gandum salah satunya.
Sebenarnya bukan orang perut sensitif je kena jaga perut.
Kita yang biasa-biasa ni pun kena jugak mula tukar bahan buat kuih.
Sebab kesan pada badan akan nampak dalam tempoh jangka panjang.
Macam-macam masalah akan timbul disebabkan punca dari perut tu.
Tahun ni baru saya jumpa cara nak buat kuih gluten-free ni.
Bukan mudah sebab hasil dia tak sama macam kita pakai tepung gandum.
Derhaka resepi takut jadi lain pulak. Hehe.
2 teknik Resepi Tart Nenas Gluten-Free
Sebelum tu, saya letak dulu lah bahan tart nenas ni
Bahan-bahan tart nenas gulung:
- 1 1/4 Cawan Tepung jagung
- 1/2 cwn tepung beras
- 1/4 tepung ubi kayu
- 6tbsp tepung pulut
- 3/4 butter unsalted (100% butter)
- 5 tbsp organic cane sugar (blend halus)
- 1/2 tsp sea salt
- Telur sebiji ( dya pakai egg replacer, bukan telur)
CARA PERTAMA:
- Pukul gula + butter sampai kembang
- Masuk telur atau egg replacer, pukul sebati
- Masuk bahan lain sikit2, sampai sebati
- Boleh bentukkan dan masuk inti jem
- Adunan resepi ni lembik. Jadi, Dya adjust tambah tepung jagung (perlu tambah tepung kalau tak, nanti kuih masa dibakar akan penyek)
- Adunan jangan terlampau lembik/berminyak atau keras. Adunan biar lembut, tak melekat kat tangan, tak rapuh tepungnya..senang nak bentuk.
- Bakar 160° , masa bergantung pada oven masing²..macam Dya dalam 20 minit macamtu.
- Kuih masak bila bawah dah brown sikit
CARA KEDUA:
- Pastikan butter JANGAN cair. DILARANG pukul sampai kembang, cuma gaul/kaup sebati butter dan gula
- Kemudian masukkan telur atau egg replacer dan bahan lain sikit-sikit sampai sebati.
- Bila dah gaul, doh macam rapuh, susah nak tekan kan? Jadi, rehatkan dulu doh tu dalam 15-20 minit
- Kemudian korang akan dapat doh lembut
- Tak perlu tambah apa-apa dah.
- Boleh dah masuk inti dan bentukkan tart nenas
- Bakar 160° , masa bergantung pada oven masing²..macam Dya dalam 20 minit macamtu.
- Kuih masak bila bawah dah brown sikit
Cara buat Jem nenas homemade:
- Parut nenas tak buang air
- Campur cane sugar & jaggery
- Masak sampai jadi jam pekat
EGG REPLACER = pengganti telur untuk makanan. Boleh dapatkan di Jaya Grocer.
Anak allergi telur jadi tak boleh letak telur dalam adunan. Sebabtu saya ganti dengan bahan “egg replacer”.
Alhamdulillah hasilnya menjadi dan sedap sangat-sangat.
Lebih sedap berbanding guna tepung gandum sebenarnya.
Saya terkejut bila tahu kuih gluten free ni sedap gila.
Bukan je jaga perut, kuih versi sihat. Malah rasa dia berganda sedappp!
Jom try resepi Brownies kedut Pulak.