Resepi Sambal Goreng Jawa Johor

Siapa duk Johor, menu sambal goreng jawa ni memang jadi kegemaran Orang Johor. 

Bukan orang Johor je suka, orang luar negeri Johor pun suka (laki sendirik). Haha.

resepi sambal goreng jawa johor

Husband Dya mula suka sambal goreng Jawa ni lepas rasa resepi yang mama selalu masak kat kedai makan.

Sejak tu, nak balik Johor je, lauk ni je lah yang dia akan duk sibuk tanya.

Selain makan dengan nasi putih, sambal goreng jawa biasanya ada dicampur dalam menu Nasi Ambeng.

nasi ambeng johor

Haa, siapa peminat nasi ambeng tu? Sepp sikit!

Nasi ambeng pulak selalunya akan ada masa kenduri. Heaven sangat dapat makan dalam dulang beramai-ramai.

Ada lauk sambal goreng jawa, serunding, mee goreng, ikan masin dan ayam masak kicap. Gaul-gaul semua, pastu makan beramai-ramai.

Dalam family Johor, biasanya kami gelarkan “makan berebut-rebut camnilah rasa sedap”. 

Maksudnya makan beramai-ramai dalam satu talam besar.

Nikmat dia. Fuh, memang mengimbau kenangan zaman kanak-kanak dulu.

Meh tengok cara masak Sambal Goreng Jawa Stail Orang johor.

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon

Resepi Sambal Goreng Jawa


5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star

No reviews

  • Total Time: 45 minutes
  • Yield: 4 orang 1x

Description

Sambal goreng jawa sedap digaulkan bersama nasi, serunding, ayam, mee goreng dan ikan masin.


Ingredients

Scale

Bahan-bahan utama

  • 2 Biji Bawang Besar (| Hiris bulat)
  • 4 Biji Bawang Putih (| Diketuk)
  • 5 Keping Tempe (| Hiris sederhana tebal)
  • 10 Batang Kacang Panjang (| Hiris serong)
  • 5 Tangkai Cili Merah (| Hiris serong)
  • 5 Tanggkai Cili Hijau (| Hiris serong)
  • 3 Biji Kentang (| Hiris sederhana tebal)
  • 1 Genggam So'on (| basuh bersih)
  • Kicap (| sedikit sahaja)
  • Garam secukup rasa

Instructions

Cara Masak Sambal Goreng Jawa Asli

  1. Masukkan minyak untuk menggoreng di dalam kuali
  2. Goreng kentang dan tempe separuh masak. Ketepikan.
  3. Panaskan minyak di dalam kuali. Letak minyak dalam 3 sudu besar. Sekadar cukup untuk menumis bawang.
  4. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau.
  5. Masukkan cili merah dan cili hijau. Gaul seketika.
  6. Kemudian masukkan tempe, kacang panjang, kentang dan soon.
  7. Campurkan sedikit air, garam dan gula secukup rasa. Gaul rata. Tunggu sehingga so'on lembut.
  8. Tuangkan sedikit kicap manis sebagai penambah seri warna masakan.
  9. Gaul sebati dan biarkan kuah kering sedikit.
  10. Angkat dan boleh hidangkan bersama nasi ambeng

Notes

Kalau nak sambal goreng jawa nampak lebih cantik dan menyelerakan, kena letak kicap sikit. Jadi, warna masakan tu lebih cantik dan nampak sedap.

  • Prep Time: 15 minutes
  • Cook Time: 30 minutes
  • Category: Main Course

Kalau korang suka masakan Johor, mesti korang nak cuba makan Soto Johor kat Kedai Kak Mai lepasni. Sambal kicap sedap gila!

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

2 Comments

  1. Ciken Chop May 18, 2019

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star