Resepi Mudah Nasi Claypot Ayam Versi Periuk Nasi

Salam. Dulu masa zaman belajar, Mak selalu makan Nasi Ayam Claypot di Food Court Jaya Jusco Kinta City (Kini dikenali sebagai AEON Kinta City). Staying in Ipoh for 4 years memang heaven as I do love Chinese Food.

Bila balik JB, Mak ada juga cuba Nasi Ayam Claypot di sini, tapi tak jumpa yang sedap dan kena dengan selera. So, Mak googled it baru-baru ni. Senang rupanya nak masak “one-pot wonder” ni.

Kalau mak tahu dari dulu mak dah masak. Jimat.

Sebenarnya tak perlukan claypot tu, masak dalam rice cooker pun boleh dan parut. Sebab air halia tu la yang buat penyedap nasi ni.

Resepi Mudah Nasi Claypot Ayam Versi Periuk Nasi

Bahan-bahan:

400gm peha ayam (dipotong kecil)
4 sudu makan kicap cair
1 sudu makan kicap pekat
2 sudu makan sos tiram
3-4 cendawan shitake *hiris
Halia sebesar 2 ibu jari *parut dan ambil air dalamnya 2 sudu makan
Ikan Masin *goreng dan ceraikan isi
2 cawan beras
Air untuk memasak nasi

Tambahan/Hiasan:

Sayur Sawi/Pok Choy *celur
Daun Bawang
Cili Kicap
Sedikit minyak bijan

Cara-cara:

1. Campurkan kicap, sos tiram, cendawan, air halia dan perap ayam.
2. Masak nasi seperti biasa di dalam periuk nasi, masa nasi nak kering masukkan perapan ayam tadi. Gaul-gaulkan sedikit. Biarkan masak.
3. Bila dah masak boleh gaul-gaulkan dengan isi ikan masin yang digoreng tadi.
4. Taburkan dengan daun bawang, sawi, minyak bijan dan boleh dihidangkan.

Tips


1. Untuk individu yang sibuk, boleh perap ayam siap-siap dan bila nak makan boleh terus masak. Perap malamnya, esok boleh bawa bekal pergi sekolah/kerja.
2. Kalau suka rasa halia, letak sedikit kepingan halia dalam nasi atau serbuk halia.
3. Sedap dimakan bersama cili kicap. (Potong cili padi dan campurkan sedikit kicap cair)

Senang kan?

Jimat masa dan tenaga, balanced diet. Kalau masak pagi sebelum pergi kerja pun sempat or just leave it warm dan petang nanti balik kerja boleh makan đŸ˜‰

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • nasi claypot ayam rice cooker
  • resepi nasi claypot mat gebu
  • resepi nasi claypot rice cooker
  • resep ayam claypot
  • resepi claypot rice

Jom Cuba Pulak Masak Resepi Shellout Simple Dan Sedap

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment