Cara Masak Shell Out Sedap Macam Restoran Kuala Lumpur

Dalam resepi shell out sedap ni dya padankan shell out dengan kuah buttermilk & blackpepper

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
shell out sedap

Resepi Kuah Shell Out Sedap Homemade


  • Author: dhia
  • Total Time: 0 hours
  • Diet: Halal

Ingredients

Units Scale

Bahan goreng seafood:

BAHAN SOS BLACK PEPPER:

BAHAN KUAH BUTTER KRIM:


Instructions

Goreng Seafood:

  1. Letak tepung, telur dalam dua bekas berasingan.
  2. Untuk tepung, campurkan serbuk lada putih MAKSITI, jintan manis MAKSITI, serta secubit garam. Gaul rata.
  3. Celupkan ketam & udang ke dalam mangkuk berisi telur yang dah dikacau terlebih dahulu.
  4. Kemudian, salut dengan tepung yang lengkap digaul bersama bahan lain.
  5. Pastikan anda goreng saat minyak sudahpun panas.

Masak sos blackpepper:

  1. Tuangkan butter ke dalam kuali
  2. Tumis bawang merah, bawang putih serentak sehingga naik bau
  3. Kemudian, masukkan sos cili, sos tiram, sos kicap dan gaul rata untuk seketika
  4. Letak sedikit serbuk lada hitam MAKSITI ke dalam masakan. Jangan banyak sangat nanti pahit
  5. Masukkan air ke dalam sos tadi & jika rasa ada kekurangan, boleh tambah sedikit gula sebagai penambah rasa
  6. Dah boleh tuang pada ketam & udang yang dah digoreng tadi

Masak sos buttermilk:

  1. Masukkan butter ke dalam kuali
  2. Tumis bawang merah, bawang putih, daun kari dan cili padi serentak sehingga naik bau
  3. Kemudian masukkan secubit serbuk kunyit MAKSITI
  4. Tuangkan susu sejat ke dalam masakan. Gaul rata.
  5. Untuk menambahkan kepekatan kuah, guna tepung jagung yang dah dilarut dengan air. Jangan terlalu banyak tepung, sebab nanti kuah akan jadi likat. Agak-agak sahaja.
  • Prep Time: 30 minit
  • Cook Time: 30 Minit
  • Category: Seafood
  • Cuisine: Malaysia

Keywords: Resepi shell out buttermilk, kuah shell out simple, bahan shell out

shell out sedap
shell out kuah buttermilk dan blackpepper

Fenomena menu shell out sedap, tak silap dhia bermula dari sebuah restoran bernama Shell Out. Ramailah berpusu nak tau cara masak shellout sedap kat rumah kan?

Untuk makluman, tak silap saya restoran tersebut dah pun patentkan nama shell out itu sendiri.

Sebabnya nama menu ni terlalu viral & menjadi sebutan masyarakat walau makan di tempat berlainan.

Owh, bab tu tak kisahlah. Tapi yang menjadi kisahnya. Macamana nak masak shell out sedap macam kat restoran kuala lumpur ni?

Entah-entah yang kita masak sendiri lagi sedap berbanding di kedai? Kan? Jimat tu takdala sangat.

Tapi boleh makan beramai-ramai bersama keluarga dan kawan dengan kos yang lebih rendah.

Masak Shell Out Sedap Sendiri Di Rumah

Sebenarnya takda lah susah mana pun nak masak shellout. Korang hanya perlu goreng makanan laut pilihan, lepastu tuang lah kuah yang korang nak. Haha.

Biasanya kuah yang biasa dituang samada kuah sambal, masak butter cair, ataupun kuah black pepper.

Tapi, sebelum tu nak goreng pun ada cara. Supaya hasil gorengan tu rasa rempah cukup rasa.

Baca juga: Kentang Cheese Leleh

3 Jenis Sos Shell Out Sedap

Kalau singgah makan kedai yang jual menu shell out, rata-rata ada 3 jenis sos yang famous.

Paling banyak orang pilih biasanya sos sambal & buttermilk

Tapi, kadang ada kedai masak, minyak je lebih. Rasa kurang.

Biasanya kalau rasa kurang, memang disebabkan penggunaan minyak yang terlalu banyak sewaktu masak.

Nak masak sambal yang sedap kena pandai atur kuantiti minyak supaya tak kurang dan tak lebih.

Dan yang penting, kena masak sambal hingga pecah minyak supaya sambal betul-betul masak.

Jika tak, memang akan beri kesan pada perut (sakit perut) jika makan sambal yang kurang masak

Tapi, kalau terlebih minyak pula, rasa sambal akan dihalang oleh minyak yang terlebih tu.

Tu yang bila makan tak rasa sedap sambal melainkan minyak semata. Hehe.

Guna Bahan Pilihan Sihat

Nak makan shell out ni, bahannya perlulah guna pilihan lebih sihat.

Gula tukar kepada gula kelapa asli atau stevia. Garam guna jenis HIMSALT. Dan gantikan susu cair dengan susu segar jenis A2

Saya ada letak link bahan pilihan saya pada resepi di atas

Kenapa perlu cerewet Sangat?

Sebab jika guna gula putih, susu cair, susu segar A1. Semua bahan ni adalah makanan radang

Yang mana akan bagi impak tak bagus pada kesihatan samada jangka masa dekat mahupun panjang

Antaranya boleh:

  • Mencanakkan bacaan gula dalam darah
  • Menimbulkan masalah pada usus
  • Mempengaruhi emosi selepas makan

Gula putih kesan dia sangat menakutkan. Buat pembacaan mengenai bahaya gula putih di sosial media dr norman norawi, dr zubaidi, dr hafiz sulaiman, dr suriyakathun dan ramai lagi.

Siapa kata nak sihat kena diet? Nak sihat tak boleh makan sedap?

Boleh je sebenarnya sihat tanpa diet, makan pun sedap-sedap.

Kuncinya kita tukar bahan masak ke arah pilihan lebih sihat.

Tapi, sihat itu subjektif. Sebab?

Setiap orang berlainan kondisi kesihatan mereka. Contoh mereka yang ada diabetes tak boleh makan buahan manis walaupun buahan tersebut mengandungi vitamin yang sangat banyak.

Mereka perlu berpantang sementara dan atasi dahulu kondisi kesihatan mereka.

Jadi setiap orang ada pola pemakanan masing-masing.

Jika diabetes kena buat macamana, jika masalah kidney pula macamana. Rujuk pada doktor yang betul. Nak mudah tengok saja perkongsian dr norman norawi, dr mani.

Pilih kaedah yang sesuai untuk kalian.

Saya guna konsep less carbs, more fats, more protein jika ingin turunkan berat badan. Kemudian aplikasikan teknik intermitten fasting (stop makan 6pm, start makan 10am)

Semua ni saya ada ceritakan di Channel Group Telegram ASMRDHIA

Jika teringin makan yang high carbs memang ada ambil juga sekali sekala tapi terkawal dan menggunakan bahan yang semestinya gluten free & pilihan lebih sihat

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi shell out buttermilk
  • kuah shell out simple
  • bahan shell out

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star