Jarang sekali rasanya, tekak melayu macam kita ni nak buat resepi kentang bakar cheese leleh kan? Siap tambah cheese extra kat kentang. Siapa tak terliur? Hehe.
Dalam masakan melayu, biasanya saya akan guna kentang untuk menu seperti resepi ayam masak kari, ayam masak merah, sup sayur, dan lain-lain.
PrintResepi Kentang Bakar Cheese Leleh
- Total Time: 0 hours
- Diet: Gluten Free
Ingredients
Bahan perapan kentang bakar bersama cheese:
- 2 Biji kentang (dihiris sederhana nipis)
- cheddar cheese
- Keju (parmesan)
- keju (mozarella)
- Secubit garam HIMSALT
- Sedikit mushroom seasoning
- 1 Sb Serbuk Cili MAK SITI
- 1 Sb Kari Daging MAK SITI
- 1 Sk Serbuk lada hitam MAK SITI
- 1 Sk Serbuk lada putih MAK SITI
Bahan Hiasan Kentang Bakar:
- Sos Thousand Island HOMEMADE
- Sos Cili HOMEMADE
- daun parsley @ parsley flakes
- kepingan ayam@pepperoni | direbus @ kukus dahulu
- Salad | hiris halus
Instructions
- Rebus atau bakar kentang sehingga cukup masak isinya
- Kemudian angkat guna sarung tangan kalis panas, belah tengah kentang guna pisau
- Tanpa hancurkan kulit, guna garfu untuk lumatkan isi kentang
- Kemudian, masukkan kepingan cheddar cheese, mozarella cheese, gaul rata hingga cheese mencair
- Taburkan parmesan cheese di atas, Bakar seketika. Angkat
- Di dalam mangkuk asing, campurkan serbuk cili, serbuk lada hitam, lada putih, kari daging, mushroom seasoning dan himsalt. Gaul rata
- Kemudian, taburkan rempah tersebut atas kentang dan hias dengan daun parsley @ kepingan parsley
- Makan kentang bakar dengan kepingan ayam, hirisan salad, sos cili & sos thousand island kalau korang suka.
- Makanan kentang bakar cheese sedap dah boleh dihidang!
- Prep Time: 20 Minit
- Cook Time: 1 Jam
- Category: Western
- Cuisine: Malaysia
Menu kentang bakar bersalut cheese ni hasil inspirasi dari satu video masakan barat. Cuma perencah diolah mengikut selera tekak melayu lah.
Resepi Kentang Bakar Cheese Guna Rempah Mak Siti
Seperti biasa, mesti dan wajib ada serbuk rempah Mak Siti di dalamnya. Sebab rempah Mak Siti ni tiada langsung bahan pengawet dalam rempah.
Sebab lain saya suka guna rempah Mak Siti sebab rempah mereka sudah sedia pekat & hanya perlu guna sedikit sudah cukup untuk menyedapkan masakan.
Cara memasak cukup simple & mudah untuk dibuat. Bahan-bahan yang diperlukan untuk buat resepi kentang bakar bersama cheese ni adalah:
Dalam sibuk siapkan resepi kentang bakar berkeju ni, teringat pulak tentang menu resepi kentang mashed potato yang sedap gila berbanding kat KFC. Fuhh!
Nanti ada masa, korang perlu cuba resepi mashed potato tu pula.
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN BERKAITAN:
- Resepi kentang cheese bakar
- kentang resepi guna cheddar cheese
- kentang bakar
No Responses