Resepi Susu Pekat Manis Guna 3 Bahan

Sejak saya tukar pemakanan pilihan sihat 4 tahun lepas, saya sangat kurang makan makanan ready made di pasaran. Termasuklah susu pekat manis.

Susu pekat di pasaran ada banyak kandungan yang tidak sihat untuk kita. Jadi, haritu terfikir nak cuba masak sendiri resepi susu pekat manis homemade guna 3 bahan saja.

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
resepi susu pekat manis

Resepi Susu Pekat Manis


5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star

No reviews

  • Author: dhia
  • Total Time: 0 hours
  • Diet: Gluten Free

Ingredients

Units Scale

3 Bahan Susu Pekat Homemade:

  • 500ml Susu Jenis A2
  • 130gm Orcs (unrefined organic cane sugar)
  • Secubit @ 1 sk Baking soda (brand arms & hammer)


Instructions

  1. Masukkan susu dan gula di dalam periuk. Guna periuk kaca lebih mudah nak kawal sebab takkan berlaku hangus kat bahagian bawah. Jika guna periuk biasa. Kena gaul selalu supaya susu tak hangus
  2. Hidupkan api. Masak guna api perlahan 40-45 minit. Kena sentiasa perhati dan gaul susu sebab taknak susu melimpah keluar dan hangus
  3. Bila dah bertukar warna golden brown, dah boleh tutup api. Atau boleh terus masak hingga dapat kepekatan yang kalian mahukan
  4. Kemudian, matikan api dan masukkan secubit baking soda. Gaul rata. Baking soda ni untuk bagi effect susu berbuih. Contoh kalau buat teh tarik, ada buihnya tu wak. Hehe.
  5. Tunggu susu sejuk sendiri suhu bilik. Kemudian, simpan dalam bekas kaca kedap udara
  6. Simpan dalam peti ais untuk ketahanan lama sedikit

Notes

  • Nak susu lagi manis, tambah secubit garam Himsalt. Rasa susu akan bertukar lebih manis
  • Nak susu pekat, masak lama sedikit. Sampai susu pekat ikut yang kalian nak. Tapi jangan pekat sangat sebab nanti masa proses penyejukan, susu akan makin pekat. Lebih2 lagi bila simpan dalam peti ais
  • Prep Time: 10 Minit
  • Cook Time: 10 Minit
  • Category: Susu
  • Cuisine: Malaysia
resepi susu pekat manis

Video Resepi Susu Pekat Manis

@asmrdhia

Replying to @kalauhari2mcmni RESEPI SUSU PEKAT HOMEMADE Pilihan ni lebih Ok berbanding susu Tin Nak explain full kat sini tak cukup masa. Jadi, korang pergi kata tele me, tengok kat bio saya ya. Saya akan bagi full explaination kat sana #susupekatmanis guna 3 bahan: ✅Susu jenis A2 ✅Raw Organic Cane Sugar (ORCS) ✅Baking Soda (brand arm& hammer) Cara Masak: 1. Masak susu + orcs guna api perlahan Masak sampai bertukar warna brown, kuantiti susu separuh dari asal 2. Masak selama 40-45 minit. Kena sentiasa kacau untuk elak susu hangus atau melimpah keluar 3. Nak tekstur lagi pekat, boleh masak susu lama sikit. Tapi nanti, masa proses sejukkan susu, susu akan makin pekat.Bila masuk peti ais pun susu akan pekat sendiri juga. Jadi jangan risau kalau lepas masak tekstur tu cair sikit. 4. Matikan api. Masukkan 1/2 sudu kecil baking soda. Fungsi untuk susu tu lebih creamy & frothy. Gaul rata sementara tunggu susu sejuk sendiri 5. Bila susu sejuk suhu bilik, simpan dalam bekas kaca kedap udara. Kemudian boleh simpan masuk peti ais Rasa dia sebijik susu pekat manis dalam tin. Tapi ianya pilihan lebih OK berbanding susu tin. Tiada bahan pelik² & kita kawal penggunaan gula dalam tu. Pilihan lebih sihat jika tukar ORCS guna gula kelapa. Saya akan share resepi ni lain hari. Save sesiap TT saya ok? Keep up to date. Unrefined Raw Organic Cane Sugar: ✅GI rendah sikit Dari gula putih ✅Tiada bahan pemutih ✅Tiada bahan peluntur ✅Tiada bahan kimia ✅Tiada pewarna tiruan #sweetenedcondensedmilk #realfood #realfood #condensedmilk #homemadefood #healthyrecipes

♬ original sound – darcy stokes

Tau tak, ni percubaan kali ketiga saya sebenarnya. Yang sebelum ni tak jadi! Cuba ikut resepi orang kat Malaysia, siap guna gula kelapa premium yang mahal harganya.

Rasa nak menangis bila dua kali tak jadi. Saya cuba resepi yang guna susu, butter, air dan gula kelapa. Hasilnya tak memuaskan hati.

Susu pekat jadi berminyak dan terlampau kental.

Jadi, seperti biasa saya buat rujukan resepi orang luar negara. Resepi mereka menjadi!

Saya lebih suka rujuk resepi pilihan sihat luar negara sebab mereka lebih advance dalam pemakanan macamni.

Termasuklah resepi Roti Gluten Free yang saya ada kongsikan haritu. Hanya menjadi bila berkali-kali mencuba pelbagai resepi berbeza.

Guna Gula Pilihan Sihat

Untuk resepi guna gula ORCS, saya tak berani tambah banyak gula sebab GI dia masih tinggi lagi, 80%. Cukup untuk buat rasa-rasa je.

130gm ni dah cukup manis kalau di lidah saya. Saya kurang makan manis. Jadi terpulang pada kalian nak tambah banyak mana.

Saranan saya, gula ORCS tu boleh ganti guna gula kelapa atau gula lulus keto seperti stevia. Gula ORCS ni Gi masih tinggi, jadi penggunaan kena berpada2.

Jika ganti gula kelapa, susu pekat akan jadi warna coklat. GI gula kelapa lebih rendah dalam 30% saja.

Nota extra: Gula Orcs bukanlah pilihan sihat tapi ianya pilihan lebih ok berbanding gula putih. Untuk sesiapa yang cuba nak stop gula putih, boleh cuba dahulu dengan gula orcs, kemudia bertukar ke gula kelapa (pilihan lebih sihat)

Cuba Juga Resepi Susu Pekat 2 Minit

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi susu pekat manis
  • Homemade susu 3 bahan
  • Cara Buat susu pekat manis

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star