Harini tiberr ada mood nak masak ayam sambal hijau guna cili kampung. Dah lama tak buat resepi ni. Hehe.
Saya ada kongsikan di artikel ayam lada hijau. Cara masak sama je. Cuma ada tukar bahan sikit.
Rasa dia? Dah tentulah sedap! Hehe. Jom!
Bahan-bahan Sambal Hijau:
- 1 biji bawang besar **
- 2 biji bawang putih**
- 10-15 tangkai cili padi **
- 1 biji bawang besar | hiris bulat
- 1 batang serai | diketuk
- 1/2 biji tomato | potong 3
- Garam secukupnya
- Mushroom seasoning secukupnya
- 1/2 sb gula ORCS
- 10 ketul ayam | potong kecil
- 1sb serbuk kunyit
- 1 sk garam
Cara Masak:
- Kisar bahan bertanda ** bersama sedikit air. Kisar hancur. Ketepikan
- Kemudian, gaulkan ayam bersama serbuk kunyit dan sedikit garam
- Panaskan minyak dalam kuali. Goreng separuh masak ayam yang digaul kunyit tadi.
- Angkat dan tos
- Kemudian, guna kuali yang sama, buang lebihan minyak gorengan tadi. Pastikan tinggal hanya 2 senduk minyak gorengan sahaja dalam kuali
- Tumis bahan kisar step no 1. Masukkan sekali serai. Masak hingga naik bau.
- Kemudian masukkan 1/2 cawan air dan tomato. Masak hingga pecah minyak
- Setelah pecah minyak dan sambal sedikit kering, tambahkan lagi air , garam, mushroom seasoning dan gula secukupnya.
- Tunggu sehingga kuah sambal kering sedikit baru masukkan ayam yang digoreng separuh masak tadi bersama bawang besar yang dah siap dihiris bulat.
- Last sekali, Gaul rata, tunggu bawang hiris tu layu. Dah boleh angkat dan hias bersama daun limau purut
Tips:
Kalau nak bau wangi daun limau meresap, pecah-pecahkan daun limau dan masukkan dalam kuali masa step yang ke 10. Gaul rata
Siap je masak ayam sambal hijau, saya makan berulamkan kobis mentah dan nasi konjac.
Nasi konjac ni tinggi fibre dan kandungan karbohidrat kurang dari 1 gram.
Saya suka makan nasi konjac sebab saya akan kenyang dalam tempoh yang lama dan paling penting nasi ni tak akan naikkan gula dalam darah seperti nasi putih biasa kita makan tu.
Sebab bila makan nasi putih, confirm rasa nak tambah lagi, cepat lapar dan akan craving makanan manis selepas makan nasi.
Jadi macamtu sebab, nasi putih ni kandungan karbohidrat tinggi dan boleh meningkatkan kadar resapan gula dalam darah dengan pantas.
Sebab tu saya ubah pemakanan saya. Untuk sihat. Hehe.
Korang pun patut cuba. Rasa dia kenyal-kenyal dan lepas makan korang akan rasa badan sedap je. Tak lemau.
CARIAN BERKAITAN:
- Resepi ayam Nasi Kak Wok
- Cara masak ayam cili hijau sedap
- Ayam sambal hijau recipe