Mudah saja nak buat cucur bilis tanpa menggunakan tepung yang ada gluten seperti gandum.
PrintResepi Cucur Bilis Tanpa Gandum
- Diet: Gluten Free
Ingredients
Bahan² Cucur Bilis:
- Nasi 2 1/2 cawan
- Telur 1 biji
- Air bergantung pada kepekatan adunan
Kisar halus bahan di atas. Air tak perlu banyak sebab kita nak tekstur yang tak cair
Bahan² lain:
- Ikan Bilis Segenggam
- 1 biji Bawang besar dihiris
- Carrot dicincang halus
- Daun bawang dihiris
- Tepung pulut: tepung beras (Nisbah 3:1)
- Garam himsalt secukup rasa
Instructions
- campurkan kesemua bahan dalam adunan yang dah kisar tadi.
- Adunan biar pekat supaya mudah nak bentukkan jemput² masa goreng nanti.
- Goreng menggunakan minyak sawit sehingga jemput bilis bertukar kuning keemasan.
- Category: Kuih Muih
Rasa Cucur Bilis Tanpa Gandum:
Cucur atau cekodok bilis yang dibuat tanpa gandum sebenarnya lebih sedap
Rasa dia crispy kat luar, lembut kat dalam.
Saya ada update resepi terbaru iaitu dengan guna tepung kentang. Hasil dia lebih lembut!
Tak payah pening-pening dah nak campur tepung berbeza
Boleh cuba baca kat Resepi Cucur Bilis Tepung Kentang
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN BERKAITAN:
- Jemput bilis mudah
- Resepi cucur nasi gluten free
- cara buat cucur tanpa tepung gandum