Khasiat Daun Dukung Anak Bagus Untuk Cepat Hamil

Dulu ada seorang lelaki berkongsi rahsia amalkan air rebusan dukung anak. Masa tu, dia menghidap penyakit hepatitis B.

Memang dah tahap teruk, mata kuning semua. Tapi, dia amalkan petua untuk sembuh dari seorang pakcik yang handal tentang herba.

Selepas setahun mengamalkan daun dukung anak, lelaki tersebut bebas dari penyakit Hepatitis B hinggakan doktor sendiri terkejut dengan hasil pemeriksaan terkini.

daun dukung anak

Dya ingat dukung anak elok untuk rawat hepatitis B je, rupanya ada banyak lagi khasiat lain terutamanya untuk mereka yang sedang dalam ikhtiar untuk hamil macam saya ni.

Terima kasih Cik Puan Neesa Roslan sebab sudi berkongsi rahsia khasiat daun dukung anak kepada masyarakat. Saya letak dalam blog supaya mudah untuk saya rujuk di kemudian hari nanti.

Khasiat Daun Dukung Anak Bagus Untuk Cepat Hamil

DAUN DUKUNG ANAK neh kita dah dapat dah !

Thank you Farah Darleena sebab tolong carikan. Nanti kita sama-sama minum ye. Nampak je macam bodoh-bodoh pokok ni tumbuh tepi jalan, tepi pasu tapi tak sangka sebenarnya banyak khasiat dia.

Salah 1 khasiat yang ramai orang tak tahu adalah air rebusan dia kalau minum, bagus untuk orang perempuan yang tengah IKHTIAR HAMIL. Ini pun cik neesa baru tahu sebab ada kawan tag tentang manfaat pokok neh.

Then kalau korang google, banyak lagi khasiat-khasiat lain antaranya bagus untuk merawat jaundis ( penyakit kuning ) bagi baby yang baru lahir.

 

Dukung Anak Bagus Untuk Atasi Masalah Mati Pucuk Bagi Lelaki

 

Untuk kaum lelaki pulak, orang kata daun dukung anak ni boleh menyembuhkan masalah mati pucuk. Dan ada jugak yang amalkan minum air daun dukung anak neh sebagai booster kepada masalah keletihan ( pengganti ketum ! Haha ) .

Kalau tak cukup tidur, cukuplah dengan segelas air dukung anak, dalam beberapa minit keletihan tu akan berkurangan dan sejam selepas tu terus hilang letih.

Sangat sesuai kalau demam urat.

Bagi suami yang mahu booster, minum segelas pati air rebusan ( tanpa campur air kosong) sejam sebelum “aktiviti” anda. Selamat mencuba !

Cara Nak Rebus Daun Dukung Anak?

Tips nk rebus untuk ikhtiar hamil :

Selawat dan rebus daun ni dan akarnya sekali selepas dibasuh bersih dgn 2 cawan air. Rebus smpai la airnya menjadi kuantiti utk 1 cawan air. Lepas tu minum dan selawat dan berdoa.

Terima kasih cik puan sudi berkongsi petua dan tips. Semoga dengan amalkan air rebusan dukung anak, dapat hindar dari bermacam penyakit yang semakin menjadi-jadi kat dunia ni.

Baca Juga Khasiat Strawberi Untuk Kulit Cantik Awet Muda

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

One Response

  1. Aishah October 1, 2017

Add Comment