Resepi Original Ayam Ungkep Enak Diratah

Sebut je masakan ayam ungkep ni, fuhh teringat rasa dia yang sedap dan enak diratah.

Kalau stail orang Johor, masak ungkep ni senang sangat.

Tapi, dalam resepi ni, Kak Mai bukan nak kongsikan cara orang Johor.

Kak Mai nak kongsi resepi ungkep original daripada rakan Indonesia.

Cara masak sama saja. Cuma bezanya ayam ungkep Indonesia ada tambah daun limau purut & kelapa parut ke dalam masakan.

Kalau ikut cara Kak Mai, hanya guna serai, ketumbar, jintan manis, jintan putih, kunyit serbuk, cili api, bawang, garam gula.

Jadi, mari kita cuba masak resepi lain sikit.

ayam ungkep original
kak mai guna minyak tak banyak. Tapi, bila dah masak akan jadi terbit minyak macam tu.

Resepi Ayam Ungkep Enak

Bahan-bahannya:

  • 1 inci halia | hiris **
  • 1 genggam ketumbar**
  • 1 sb serbuk kunyit**
  • 4-5 ulas bawang putih**
  • 1 biji bawang merah | hiris tebal**
  • 4-5 helai daun cekur**
  • 1 mangkuk kelapa parut | disangai dahulu, kuantiti dalam segenggam**
  • 4 helai daun limau purut
  • 3 batang serai | potong kecil
  • 5-6 ketul ayam
  • 1 biji tomato | potong 4
  • 1 cawan air

Cara Masak Ungkep

  1. Kisar halus semua bahan bertanda ** di atas kecuali ayam, serai, daun limau,air dan tomato. Kak Mai guna pengisar khas yang tak perlu tambah air masa kisar. Kalau pengisar biasa, tambahkan sedikit air jika susah untuk dikisar
  2. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan minyak dalam 1 senduk kecil
  3. Tumis bahan kisar tadi, biarkan tumisan seketika. Gaul rata. Biarkan dalam lebih kurang 1 minit macamtu.
  4. Kemudian, masukkan serai dan daun limau. Gaul rata. Biarkan seketika dalam 2 minit.
  5. Pastikan api sederhana ya. Jangan terlampau kuat, hangit nanti
  6. Kemudian masukkan pula ayam dan tomato ke dalam tumisan. Gaul rata.
  7. Jangan lupa letak garam dan gula secukup rasa.
  8. Masukkan air dalam 1 cawan ke dalam masakan. Gaul rata semuanya.
  9. Tutup kuali dan biarkan ayam masak sehingga kuah ungkep tu kering macam dalam gambar.
  10. Senang cerita masak sampai terbit minyak.
  11. Dah siap, boleh angkat dan hidang.

Tips: Masak perlu terbit minyak, kalau tak nanti masakan ungkep anda akan cepat basi. Nak masakan tahan lama syaratnya wajib terbit minyak

Anak-anak Kak Mai suka lauk ayam ungkep ni.

Nak lagi best bila kita guna ayam kampung. Terasa liat-liat daging ayam kampung. Sedap dikunyah-kunyah.

Jadi, mesti anda tertanya apa beza ayam ungkep Johor dan Indonesia ni?

Bezanya takda apa sangat. Rasa dia sama sahaja. Cuma beza pada bau.

Sebab ada bau wangi daun limau, cekur dan tekstur masakan tu ada serdak-serdak kelapa parut. Sedap sangat!

Bolehla cuba masak untuk santapan keluarga berbuka puasa di musim PKP ni.

Jom Cuba Masak Sayur Campur brokoli

CARIAN BERKAITAN:

  • resep ayam ungkep original
  • ayam ungkep johor
  • ayam ungkep enak dimasak apa

Print resepi di bawah:

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment