Resepi Ayam Masak Merah Yang Simple, Sedap Gila Dan Mudah

Nak buat ayam masak merah biasanya wajib ada serai, tomato & kadang letak halia kan? Resepi ni tak payah guna bahan rumit sangat.

Resepi paling simple tapi gerenti ayam masak merah korang sedap gila!

Sejak akhir-akhir ni rajin pulak nak masak. Biasanya malas gila weh nak jenguk dapur.

Sebab masak tak sedap. Kadang masin sangat, kadang tawar. Tapi tu 3 bulan lepas lah. Haha.

Resepi Ayam Masak Merah Yang Simple, Sedap Gila Dan Mudah

Kalini dah boleh masak semula dengan jayanya. Barulah semenggah sikit nak rasa masakan sedap sikit.

Bila laki balik kerja pun memang lauk habis terus dikerjakan. Sedap sangat la tu kot? Err.

Resepi Ayam Masak Merah Yang Simple, Sedap Gila Dan Mudah

Ni lah resepi yang Dya rasa paling cincai tapi sedap. Bahan yang Dya guna pun ambik apa ada je kat rumah ni.

Kalaulah kat kampung sekarang, takyah susah-susah nak cari bahan masak. Sebab keliling rumah ada pokok serai, daun limau, macam-macam lagi.

Tapi, bila dah duk kat kawasan perumahan ni, semua kena beli sendiri kat kedailah. Malas gila nak gerak keluar sebenarnya. Haha.

Bahan yang Dya gunakan untuk masak ayam sambal merah:

1 biji kentang (potong 6)

1 biji bawang besar (potong 4 untuk diblend)

2 ulas bawang putih (untuk diblend)

1 biji bawang besar (hiris)

1 mangkuk kecil air

10-15 tangkai cili kering (rebus & blend)

2 sudu besar sos cili

1 sudu besar minyak masak

Sedikit air asam jawa

Garam & gula secukup rasa

1 helai daun limau (hiris halus)

Saiz hidangan : 2 orang makan

"<yoastmark

 

Cara masak ayam sambal simple:

  1. Blendkan bawang besar, bawang putih & cili kering (yang da direbus) ke dalam blender. Tambah sedikit air. Blend sampai hancur dan halus
  2. Masukkan minyak masak ke dalam kuali. Agak-agak je kuantiti minyak. Jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sikit
  3. Tumiskan bahan yang dah diblend tadi.
  4. Masukkan air asam jawa, sos cili, 1 mangkuk kecil air, garam dan gula
  5. Biarkan tumisan tu sekejap. Kemudian masukkan kentang dan biarkan tumisan seketika sampai macam nak kering sikit.
  6. Masukkan ayam dan tambahkan sedikit air jika perlu sekiranya tumisan hampir kering.
  7. Masukkan hirisan bawang besar ke dalam kuali
  8. Tunggu sehingga sambal pecah minyak dan ayam masak dengan sempurna.
  9. Angkat ayam sambal tu ke dalam mangkuk kemudian taburkan sedikit hirisan daun limau untuk bagi bau harum pada masakan.

Senang je kan resepi ni? Sebenarnya untuk masakan yang lengkap kena ada serai & tomato.

Tapi, Dya gantikan tomato tu dengan air asam jawa untuk bagi rasa masam. Dan gantikan serai dengan tabur daun limau untuk bagi bau harum pada masakan.

Baca Juga Resepi Mudah Ayam Kicap Pedas

Macamana Nak Pecah Minyak Untuk Sambal?

Senang sangat nak buat. Hehe. Kadang ada orang tak tau camana nak bagi masakan pecah minyak.

Pecah minyak tu masa tumis kita biarkan sambal kering sedikit tapi bukan kering habis tau. Lepastu masukkan air sikit (agak-agak). Jangan banyak sangat. Cukup sekadar supaya sambal tak kering sangat.

Sebab nanti masa da nak siap tu, means dah masukkan semua bahan dan bahan pun dah masak sempurna, sambal tu akan kering balik masa tu barula nampak pecah minyak.

Dya tak tau camana nak explain kat korang. Tapi, pecah minyak tu penting untuk bagi masakan tahan lama.

Sebab mama ada bagitau, kalau masak tak pecah minyak, masakan tak tahan lama (cepat basi) dan masakan tu akan buat orang sakit perut dalam masa yang sama (means sambal tak masak betul).

Harap tips ni membantu. Nanti ada masa Dya rekod video masak. Hehe.

 

 

CARIAN BERKAITAN:

  • cara masak ayam sambal merah simple dan sedap
  • resepi ayam masak merah simple dan sedap
  • ayam masak merah resepi simple
  • masakan ayam yang sedap dan mudah
  • resepi ayam masak merah kenduri
  • resep ayam masak merah melayu
  • ayam masak merah chef wan
  • ayam masak sambal

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

One Response

  1. Sari December 12, 2018

Add Comment